Sering Terlupa Kata Laluan Untuk Log Masuk Ke BPR? Ketahui Cara Mendapatkan Semula Dengan Baca Perkongsian Ini…

 

Seperti yang anda sedia maklum, terlupa kata laluan sering kali terjadi di kalangan pemohon BPR. 


Pada kali ini, Utusan Kerjaya akan mengkongsikan artikel berkenaan tatacara tetapkan/reset semula kata laluan BPR anda.

Anda jangan risau serta khuatir, anda masih boleh dapatkan semula kata laluan yang anda terlupa.


Kepada anda yang masih belum memohon BPR, segeralah isi borang PERMOHONAN BPR 2021 sebelum 25 Februari 2021.

TATACARA MENDAPATKAN SEMULA KATA LALUAN

Antara caranya ialah👇

1. Pertama sekali, anda perlulah melayari laman web rasmi BSH https://bsh.hasil.gov.my/TerlupaKataLaluan.aspx
2. Masukkan ID/Kad Pengenalan anda di ruangan yang disediakan.

3. Setelah selesai, klik pada butang “SEMAK” dengan lengkapkan CAPCTHA yang diminta.
4. Soalan keselamatan akan terpapar.

5. Jawab kesemua soalan yang diberikan dengan betul.
6. Anda boleh menetapkan semula kata laluan yang baru.
7. Selesai

INFO LANJUT

Jika anda masih tidak berjaya untuk mendapatkan semula kata laluan anda, sila hubungi HOTLINE BPR di talian 03-8882 4565 atau 03-8882 4566

Leave a Comment