Pelbagai pembayaran bantuan kewangan telah dan akan dilaksanakan pada tahun ini. Salah satunya adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023.
Setelah pembayaran STR Fasa 1 pada Januari lepas, bayaran Fasa 2 kini diteruskan pada April ini. Sila semak maklumat penuh di bawah.
STR 2023
Pelaksanaan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada tahun merupakan perkara yang baik oleh pihak kerajaan.
Bantuan berjumlah hingga RM 2,500 serta bantuan tambahan RM 600 diharapkan mampu membantu rakyat yang terjejass.
Pembayaran bantuan telah selesai untuk fasa 1 dan kini pembayaran STR Fasa 2 mula dibayar secara berperingkat.
STR FASA 2 MULA DIBAYAR
Pembayaran STR Fasa 2 diumumkan secara rasmi bermula pada 5 April 2023 (Rabu). Walau bagaimanapun, pembayaran mula dikreditkan pada 3 April 2023 kepada penerima yang layak.
Bantuan tersebut masuk awal khususnya untuk penerima pemegang kad Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja.
Manakala untuk bank-bank lain pembayaran bermula secara berperingkat mengikut tarikh rasmi.
JUMLAH BAYARAN
Untuk jumlah bayaran STR Fasa 2 pula, pembayaran maksimum hanya RM 200 dan bakal diberikan kepada semua golongan isi rumah yang layak.
Manakala, bantuan RM 100 diberikan kepada kategori warga emas serta bujang/tiada pasangan yang layak.
CARA BAYARAN STR FASA 2
Sama seperti STR Fasa 1, pembayaran bantuan bakal dilaksanakan melalui 2 cara bayaran.
1. Pembayaran Automatik Ke Akaun Bank
- Bayaran bantuan akan terus dikreditkan ke akaun bank yang anda daftarkan
2. Penebusan Tunai
- Sekiranya anda tidak mempunyai akaun bank, penerima boleh membuat penebusan secara tunai bantuan melalui kaunter BSN berdekatan