Seperti yang anda sedia maklum, pengeluaran i-Lestari akan berkuatkuasa pada 1 April 2020 sehingga 31 Mac 2021. Hal ini membolehkan ahli KWSP membuat pengeluaran i-Lestari anda.
Kepada anda yang berhasrat untuk membuat pengeluaran i-Lestari tetapi masih belum membuat permohonan pengeluaran, ikuti langkah-langkah yang kami kongsikan. Cara membuat permohonan pengeluaran mudah sahaja kerana melalui online dan tidak perlu ke mana-mana.
MAKLUMAT MENGENAI PENGELUARAN i-LESTARI KWSP
- Tarikh Rasmi Pengeluaran: Sehingga 31 Mac 2021
- Amaun Pengeluaran: RM50 sehingga RM500
TATACARA MELAKUKAN PERMOHONAN BAHARU i-LESTARI
Berikut dikongsikan tatacara mudah bagi melakukan permohonan i-Lestari secara online
1. Yang pertama sekali, layari portal rasmi https://ilestari.kwsp.gov.my/
2. Klik pada pautan PERMOHONAN BAHARU
2. Klik pada pautan PERMOHONAN BAHARU
3. Isikan Nama Penuh, No Kad Pengenalan, No Telefon Bimbit, Alamat Emel, Alamat dan Poskod
4. Pilih jumlah amaun dipohon sebulan (RM)
5. Pilih bank dan masukkan nombor akaun bank anda yang aktif
6. Tanda pada kotak pengesahan pengakuan pemohon
7. Baca dan fahami perakuan pemohon dan tekan butang SETUJU
8. Semak maklumat yang diisi dan pastikan ianya SAHIH dan TEPAT sebelum anda menekan butang hantar
9. Permohonan pengeluaran anda telah berjaya dihantar
CARA MEMBUAT SEMAKAN STATUS PERMOHONAN
Untuk pengetahuan anda semua, cara semakan status boleh dibuat dengan cara berikut
- Layaran portal https://ilestari.kwsp.gov.my/check-status.php
- Masukkan Nombor MyKad & Nombor Telefon
- Klik SEMAK
- Status permohonan akan dipaparkan bagi tujuan semakan
Semoga artikel ini bermanfaat buat anda semua!
Maaf bertanya..ni untuk sambung pengeluaran i-lestari atau untuk yang x pernah buat permohonan lagi atau yang x lulus sebelum ni..
Itu la .bertanya jugak..klo boleh mohon lg..nak buat..
yg ni mcm utk sambung pembayaran..sebab bulan mei baru di kreditkan semula.
Salam..sy nkbtnye kita dahh daftar lestari tapi tlbblum kuar lagi knp