Tatacara Permohonan & Pendaftaran Skim Smart Sewa Untuk Golongan B40 ~ Rujuk Segera Dan Isi Borang Yang Perlu Anda Isi

 

APAKAH ITU SKIM SMART SEWA?

Skim ini merupakan program kerajaan negeri yang diwujudkan bagi membantu orang awam yang mempunyai pendapatan yang rendah dan akhirnya membeli kediaman di negeri Selangor.


Skim ini diurus oleh Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS) bagi memberi sewa kepada orang awam yang layak sahaja terutama golongan B40.


APAKAH TUJUAN SKIM SMART SEWA INI?


Skim ini diwujudkan bagi membantu orang awam untuk membayar deposit dalam pembelian rumah kediaman sendiri.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN SKIM SMART SEWA

  • Berwarganegara Malaysia
  • Berusia 18 Tahun ke atas dan berkeluarga atau mempunyai tanggungan.
  • Pendapatan seisi keluarga kurang daripada RM5,000.
  • Pemohon atau suami / isteri tinggal atau bekerja di Negeri Selangor.
  • Pemohon merupakan pengundi di Selangor.
  • Pemohon tidak mempunyai atau memiliki kediaman di Selangor (diberi keutamaan) atau mempunyai kediaman tetapi terletak melebihi 50 km daripada tempat sewa dipohon serta mestilah berdekatan dalam lingkungan 25 km perjalanan dari tempat kerja.

TEMPOH SEWA
– Maksimum 5 tahun
– Minimum 2 tahun


DEPOSIT UNTUK SKIM SMART SEWA
Sewa 2 Bulan + Sewa Semasa (1 Bulan) + Caj Utilti + Lain-lain caj


Jika anda berminat untuk memohon, anda perlu menyediakan berberapa dokumen sokongan semasa menghantar borang permohonan seperti :

1. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
2. Salinan surat nikah / surat pendaftaran perkahwinan / surat cerai
3. Salinan sijil kelahiran (MyKad / MyKid) Anak
4. Salinan MyKad / MyKid tanggungan (selain anak)
5. Penyata Gaji 3 bulan terkini
6. Salinan KWSP
7. Salinan Penyata Bank 3 bulan terkini
8. Salinan pengesahan pendapatan terkini pemohon dan pasangan dengan perakuan dari Pesuruhjaya Sumpah
9. Salinan kad Orang Kelainan Upaya (OKU), jika berkenaan
10. Salinan surat pengesahan doktor, jika berkenaan
11. Salinan bil elektrik & bil air terkini kediaman sekarang
12. Salinan Daftar Undi



Maklumat dan Info Lanjut
Anda boleh mendapatkan info yang selanjutnya di :

Telefon : 03 5524 0233 / 0253 / 019-3330976
Portal rasmi PHSSB : Smart Sewa
Emel : smartsewa@phssb.com
Muat Turun Borang Permohonan Skim SMART Sewa

Anda juga boleh memuat turun borang permohonan di : http://phssb.com/borang/

Atau anda juga boleh mendapatkannya di pejabat PHSSB di :

Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd

Tingkat 5, Podium Utara,
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Jika anda sudah selesai mengisi borang tersebut dengan lengkap, anda boleh menghantar di alamat tersebut ataupun hantarkan email di : smartsewa@phssb.com
Implikasi / Manfaat Penamatan Kontrak
Penyewa akan mendapat semula pulangan balik sebahagian daripada sewa yang telah dibayar mengikut kadar yang ditetapkan oleh kerajaan negeri Selangor selepas ditolak segala kos-kos yang terlibat

Leave a Comment