Tatacara Permohonan Pindaan Amaun i-Sinar KWSP

 

Khabar gembira kepada semua ahli KWSP yang memohon pengeluaran i-Sinar tetapi tersalah masukkan amaun pengeluaran, anda kini boleh membetulkan semula.


TATACARA PINDAAN AMAUN i-SINAR KWSP

Disebabkan situasi yang tergesa-gesa semasa mengisi borang permohonan, ramai ahli KWSP yang telah tersilap memasukkan amaun pengeluaran terutamanya pada bulan pertama.

Oleh hal demikian, ahli boleh mengikuti perkongsian tatacara pindaan semula amaun i-Sinar tersebut di bawah👇

PINDAAN MELALUI BORANG PERMOHONAN PINDAAN i-SINAR


Untuk mendapatkan borang, ahli boleh pergi ke cawangan KWSP yang berhampiran anda bagi mendapatkan borang pindaan amaun i-Sinar.

Bawa sekali salinan dokumen berikut:
  1. Nombor Akaun Ahli KWSP
  2. Salinan Kad Pengenalan/ MyKad
  3. Salinan Penyata Akaun Bank
Nota: Tak perlu beratur panjang-panjang. Terus ke kaunter dan minta borang silap amaun i-Sinar. Hanya perlu lengkapkan borang dan cop ibu jari dan serahkan semula kepada petugas di kaunter.

Info Tambahan: Panduan ini dikongsikan oleh saudara Douglas Gerunsin di FB

Kepada anda yang masih belum membuat permohonan i-Sinar. Jangan tergesa-gesa, ianya dibuka selama enam bulan. Jadi tunggu apa lagi? Daftar permohonan i-Sinar sekarang!

Dan bagi yang masih belum memohon i-Lestari, permohonan i-Lestari RM500 sebulan masih dibuka.



Leave a Comment