Tawaran Diskaun Saman Trafik Sehingga 50% Bermula 18 Jun – 18 Julai 2021

Tawaran diskaun saman oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan & Penguatkuasaan Trafik (JSPT) bakal memberikan tawaran pengurangan kepada kompaun saman trafik secara dalam talian sehingga 50% melalui aplikasi MyBayar Saman bermula dari 18 Jun 2021 – 18 Julai 2021 kepada semua saman yang boleh dikompaun termasuk saman-saman dalam kategori senarai hitam.

Untuk makluman, MyBayar Saman merupakan inisiatif JSPT dalam menyokong hasrat kerajaan ke arah komuniti tanpa tunai (cashless society) melalui perkhidmatan e-Pembayaran ini. Ini lah masa yang terbaik untuk melunaskan saman-saman anda yang tertunggak.
Utusan Kerjaya akan berkongsi kepada anda cara pendaftaran saman melalui aplikasi MyBayar Saman.

PENTING:

Tawaran diskaun saman ini tidak termasuk kesalahan-kesalahan utama tahun 2021, kesalahan berkaitan kenderaan berat, kesalahan pengubahsuaian ekzos dan kes saman dalam sebutan mahkamah.

Bagi tawaran pengurangan kompaun saman kali ini, aplikasi MyBayar Saman telah dipertingkatkan bagi membolehkan syarikat dan entiti perniagaan mendaftar sebagai pengguna dan seterusnya membuat pembayaran melalui aplikasi berkenaan.

Panduan Pembayaran MyBayar Saman

Bayaran boleh dilakukan melalui portal MyBayar Saman dan aplikasi MyBayar Saman.

Portal MyBayar Saman

Terdapat tiga langkah yang perlu diselesaikan untuk membayar sama melalui portal MyBayar Saman. Sila teliti dengan maklumat yang diberi.
Langkah 1: Pendaftaran
  • Tekan butang daftar sebagai ‘Pengguna Baharu’.
  • Sila isikan maklumat peribadi anda.
  • Pengesahan OTP di telefon bimbit.
  • Log masuk di portal MyBayar Saman.
Langkah 2: Semakan
  • Log masuk di portal MyBayar Saman.
  • Butiran saman akan dipaparkan.
Langkah 3: Pembayaran
  • Tekan butang bayar di butiran saman.
  • Lakukan semakan saman yang hendak dibayar.
  • Pilih mod bayaran dan tekan butang bayar.
Aplikasi MyBayar Saman
Antara langkah-langkahnya adalah:
Langkah 1: Pendaftaran
  • Tekan butang daftar sebagai ‘Pengguna Baharu’.
  • Sila isikan maklumat peribadi anda.
  • Pengesahan OTP di telefon bimbit.
  • Log masuk di aplikasi MyBayar Saman.
Langkah 2: Semakan
  • Tekan pada butang semakan.
  • Klik ‘Saman’ pada menu utama.
  • Butiran saman akan dipaparkan, notifikasi saman dipaparkan jika terdapat saman baharu.
Langkah 3: Pembayaran
  • Tekan butang bayaran saman di menu utama.
  • Pilih saman yang hendak dibayar.
  • Pilih mod bayaran.
  • Butiran transaksi pembayaran dipaparkan.
  • Semak sejarah transaksi di paparan aktiviti.
Panduan Pendaftaran Aplikasi MyBayar Saman
Bagi tawaran pengurangan kompaun saman kali ini, aplikasi MyBayar Saman telah dipertingkatkan lagi bagi membolehkan syarikat dan entiti perniagaan mendaftar sebagai pengguna dan seterusnya membuat pembayaran melalui aplikasi berkenaan.
Orang ramai boleh mendaftar sebagai pengguna MyBayar Saman melalui:

Pembayaran secara atas talian amat digalakkan kerana semua kaunter pembayaran seluruh Ibu Pejabat Polis Daerah dan Kontinjen akan ditutup bagi mengurangkan penularan jangkitan COVID-19.

Pihak PDRM berharap pengurangan kompaun saman kompaun ini akan membantu orang ramai yang terkesan semua musim pkp ini dalam menjelaskan saman-saman mereka yang tertunggak pada masa sukar pandemik COVID-19 ini.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua!

Leave a Comment