TERKINI : Pengelasan Baru Golongan B40, M40 dan T20

 

Saudara saudari sudah pasti pernah mendengar bunyi golongan B40, golongan M40, T20 diungkapkan di sekeliling mahupun ketika pengumuman bantuan untuk rakyat serta pembentangan bajet belanjawan tahunan dari kerajaan.

Walau bagaimanapun, masih ada segelintir rakyat Malaysia tidak memahami maksud sebenar ungkapan tersebut. Sebagai contoh, kerajaan memberikan Bantuan BPN 2.0 kepada golongan B40 dan M40. Apakah sebenarnya yang dimaksudkan sebenarnya dengan golongan B40 dan M40 ini? Utusan Kerjaya akan merungkai maksud ungkapan tersebut.

MAKSUD SEBENAR B40,M40 & T20

Maksud sebenar ungkapan B40, M40, T20 adalah takrifan untuk merujuk kepada kelas pendapatan isi rumah di Malaysia yang dibuat oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.

Pendapatan ini dikira secara purata pendapatan seisi rumah dan bukan secara pendapatan gaji individu.

Melalui takrifan B40, M40 dan T20 ini, ianya memudahkan kerajaan merancang untuk memberikan bantuan atau subsidi yang bersesuaian dengan pendapatan rakyat Malaysia.

Baru-baru ini, kerajaan mengumumkan pengkelasan baru dimana pengkelasan ini dipecahkan lagi daripada pengkelasan sedia ada iaitu:


  • B40 kepada B1,B2,B3 & B4
  • M40 kepada M1,M2,M3 & M4
  • T20 kepada T1 & T2
PENDAPATAN B40 MENGIKUT MEDIAN, PURATA & HAD PENDAPATAN

Golongan B40 atau merujuk kepada pendapatan isi rumah 40% terendah iaitu mereka yang berpendapatan purata isi rumah di bawah RM4,849.00 yang merangkumi 2.91 juta isi rumah.


PENDAPATAN M40 MENGIKUT MEDIAN, PURATA & HAD PENDAPATAN

Golongan M40 atau Middle 40 pula merujuk kepada pendapatan isi rumah kumpulan 40% pertengahan iaitu mereka yang berpendapatan purata RM4,850 sehingga RM10,959 sebulan.

PENDAPATAN T40 MENGIKUT MEDIAN, PURATA & HAD PENDAPATAN


Golongan T20 atau Top 20 pula merujuk kepada pendapatan isi rumah kumpulan 20% tertinggi iaitu mereka yang berpendapatan bulanan isi rumah purata RM10,959 ke atas di Malaysia.


Kami dari pasukan Utusan Kerjaya berharapa anda tidak lagi keliru bilama mendengar ungkapan golongan B40, M40 dan T20.


Sumber Rujukan : Mysumber, JawatanMalaysiaNet


Leave a Comment