TERKINI : Perkara Yang Anda Perlu Tahu -STR FASA 2

Pelbagai jenis bantuan akan dikreditkan pada tahun ini. Bermula pada bulan Januari hingga Disember. Salah satunya adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Beberapa bulan dari sekarang pula, bayaran STR Fasa 2 bakal dilaksanakan. Berikut adalah perkara yang anda perlu tahu mengenai STR Fasa 2.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH STR

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah sebuah bantuan kerajaan yang disalurkan kepada individu yang layak.

Pembayaran ini dilaksanakan dalam beberapa fasa dan pembayaran fasa 1 dikreditkan pada bulan ini iaitu Januari 2023.

Objektif utama pemberian bantuan ini adalah untuk meringankan beban rakyat yang berkeperluan di tambah lagi dengan kos sara hidup yang kian bertambah

STR FASA 1, FASA 2 DAN SETERUSNYA

Bayaran STR Fasa 1 telah mula dikreditkan pada 17 Januari 2023 lalu. Pembayaran STR 2023 dijangkakan dibayar dalam empat fasa sama seperti bantuan-bantuan sebelum ini.

Jumlah bayaran bagi STR Fasa 1 pula adalah berjumlah RM 300 bagi kategori isi rumah. Untuk kategori bujang & warga emas tiada pasangan masing-masing menerima bayaran RM 100.

Bayaran Fasa 2 akan dibayar pada April, Fasa 3 pada Julai dan Fasa 4 pada November 2023 ini.

TARIKH BAYARAN STR FASA 2

Pihak Kementerian Kewangan telah mengeluarkan tarikh terkini mengenai pembayaran STR Fasa 2.

Mengikut jadual ditetapkan, pembayaran STR Fasa 2 bakal dibayar pada bulan April. Dijangkakan pembayaran dikreditkan sebelum Hari Raya Aidilfitri.

PERMOHONAN STR FASA 2

Permohonan baharu dan kemas kini maklumat STR telah dibuka oleh kerajaan bermula 1 Mac hingga 31 Mac ini. Sekiranya anda ingin membuat permohonan baharu atau pengemaskinian maklumat boleh terus semak ke portal rasmi STR.

Leave a Comment