[TERKINI] Semakan Rayuan Bantuan Sara Hidup (BSH) Fasa 3 Bermula 16 November 2020

 

Assalamualaikum sebagai pembuka bicara, saya harap anda semua baik-baik sahaja. Saya tahu pasti ramai daripada anda yang sedang menantikan bilakah tarikh keputusan rayuan Bantuan Sara Hidup Fasa 3 bukan? Saya juga mendapati bahawa terdapat khabar angin yang tidak tepat telah tular. Oleh itu, pihak kami telah cuba mendapatkan info yang sahih tentang bilakah tarikh sebenar untuk mengetahui keputusan rayuan Bantuan Sara Hidup Fasa 3 tersebut agar tidak lagi berlaku kekeliruan sekali gus memudahkan pemohon untuk melakukan semakan. Sila rujuk maklumat di bawah.

KEPUTUSAN RAYUAN BSH FASA 3
Berdasarkan daripada maklumat sahih yang telah kami terima melalui panggilan telefon yang telah kami lakukan kepada pegawai LHDN yang bertugas, beliau memberitahu bahawa para pemohon boleh membuat semakan keputusan rayuan Bantuan Sara Hidup Fasa 3 bermula pada November 2020.

Di samping itu, pihak LHDN juga memaklumkan akan menampal segala tarikh-tarikh penting berkenaan permohonan serta semakan Bantuan Sara Hidup Fasa 3 itu diluar bahagian pejabat LHDN tersebut. Notis tersebut akan memaklumkan bahawa kesemua semakan rayuan hanya boleh dilakukan pada tarikh yang ditetapkan iaitu 3 November 2020.

Walaupun belum ada ketetapan tarikh yang khusus dan lebih terperinci bilakah tarikh yang sepatutnya untuk melakukan semakan rayuan yang telah dilakukan namun maklumat yang diberikan mampu memberikan anda serba sedikit bayangan tarikh yang bakal diumumkan kelak. Kami akan sentiasa kemaskini dari semasa ke semasa.

SYARAT & KELAYAKAN PERMOHONAN RAYUAN BSH

1. Warganegara Malaysia sahaja.
2. Lelaki / Wanita yang menjadi ketua isi rumah dan berpendapatan RM4,000 sebulan dan kebawah.
3. Memiliki pasangan yang mempunyai kewarganegaraan Malaysia (MyKad) atau memiliki (MyPR / MyKAS).


SYARAT & KELAYAKAN ANAK DENGAN HUBUNGAN ANAK MESTILAH:

1. Anak kandung atau anak angkat yang berdaftar di JPN.
2. Warganegara Malaysia.
3. Tiada Punca Pendapatan.
4. Berumur 19 tahun dan keatas dan masih belajar di Universiti Awam (UA).


SEMAKAN PERMOHONAN RAYUAN BSH FASA 3

Untuk makluman semua, bagi anda yang telah melakukan permohonan rayuan BSH Fasa 3 anda semua boleh melakukan semakan permohonan anda melalui portal rasmi Bantuan Sara Hidup (BSH) bermula pada 16 November 2020.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari https://bsh.hasil.gov.my/ untuk maklumat lebih lanjut.

Leave a Comment