TERKINI : TARIKH BAYARAN BANTUAN RM 700 DIUMUMKAN

Sukacita dimaklumkan untuk semua bakal penerima Bantuan Khas Kewangan RM 700 dan RM 350 , tarikh bayaran untuk bantuan tersebut telah diumumkan.

Terdapat pelbagai jenis bantuan telah diumumkan pada tahun ini termasuklah BKK ini.

PENERIMA BANTUAN KHAS KEWANGAN RM 700 DAN RM 350

Bagi edisi Bantuan Khas Kewangan 2023, pemberian bantuan terbahagi kepada 2 jenis iaitu RM 700 dan RM 350.

Pemberian bantuan RM 700 diberikan kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah.

Manakala, bantuan RM 350 bakal disalurkan kepada semua pesara dan veteren kerajaan sama ada berpencen atau tidak.

TARIKH BAYARAN BANTUAN RM 700 DAN RM 350

Sukacita dimaklumkan, pembayaran Bantuan Khas Kewangan (BKK) ini bakal dilaksanakan pada 17 Januari 2023 ini.

Perkara ini dipastikan apabila sebuah surat pekeliling telah dikeluarkan oleh ketua setiausaha kementerian yang menyatakan tarikh bayaran bantuan tersebut bermula 17 Januari 2023 ini.

Terdahulu, pemaklumkan bantuan khas ini telah disampaikan oleh Perdana Menteri ke-9 Dato Seri Ismail Sabri dan diteruskan oleh Perdana Menteri ke-10 Dato Seri Anwar Ibrahim.

Leave a Comment