Universiti Teknologi Mara (UiTM) memberi wang bantuan RM 100 melalui inisiatif UiTM Prihatin kepada siswa & siswazah yang terpaksa berpatah balik ke kampung selepas sahaja mendaftar di institusi itu, susulan penangguhan pendaftaran secara fizikal akibat virus COVID-19 yang mengejutkan Malaysia serta seluruh dunia.
Naib Canselornya iaitu Prof Emeritus Datuk Dr Mohd Azraai Kasim berkata, bantuan ini juga turut diberikan kepada penuntut UiTM yang sudah mendaftar dan terus tinggal di kolej kediaman serta di luar kolej kediaman serta di luar kolej UiTM Shah Alam dan kampus cawangan ketika ini.
Di samping itu, para pelajar juga diberi pengecualian untuk membayar yuran kolej kediaman bagi bulan Oktober bagi penuntut yang memilih untuk terus tinggal di kolej kediaman UiTM dan kampus cawangan.
PENDAFTARAN IPT DITANGGUH OLEH KPT
Sebelum ini, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mencadangkan semua institusi pengajian tinggi (IPT) menangguhkan pendaftaran secara fizikal atau bersemuka bagi membendung wabak COVID-19. Ini bertujuan untuk memastikan semua penuntut IPT kekal selamat.
MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN INSENTIF
Telefon : 03-5544 7893
Whatsapp : 0112-074 2823