Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui Facebook Rasmi mereka ada menyatakan emel palsu yang sedang tular mengenai bayaran lebihan cukai i-Sinar. Seperti yang kita sedia maklum, pengeluaran simpanan akaun i-Sinar KWSP sebanyak RM10,000 kini makin dapat perhatian ramai. Oleh itu, semua pencarum KWSP tidak termakan umpan dengan “scammer-scammer” yang giat melakukan aktiviti haram tersebut.
- Berkenaan bayaran lebihan cukai daripada pengeluaran i-Sinar (Emel PALSU)
- Semua pengeluaran simpanan KWSP TIDAK DIKENAKAN CUKAI
KWSP turut membenarkan pengeluaran akaun 1 setiap bulan di samping RM500 dari akaun 2 i-Lestari.
KWSP juga ingin menegaskan bahawa emel tersebut adalah untuk ‘phising’ data peribadi ahli. Pastikan anda dapatkan informasi sahih berkenaan i-Sinar yang dikemaskini dari semasa ke semasa melalui i-Sinar Online dan media sosial rasmi KWSP.