Bantuan Kecemasan RM300 Hingga RM 1000 Dibuka Untuk Permohonan – Semak Syarat Penuh

Pada tahun 2023 ini, pelbagai jenis bantuan akan dibayar kepada rakyat mengikut kelayakan masing-masing.

Terdapat sebuah bantuan kecemasan yang boleh di mohon sekiranya anda layak. Semak maklumat penuh di bawah.

BANTUAN KHAS KECEMASAN

Bantuan khas ini dibuka khas kepada mahasiswa yang ditimpa bencana atau musibah bagi meringankan beban yang ditanggung.

SYARAT BANTUAN KECEMASAN

Berikut adalah syarat kelayakan bantuan kecemasan bagi tahun 2023 ini, sila semak dengan teliti.

1. Anak Kelahiran Negeri Perak seperti berikut

  • Pemohon dan ibu bapa lahir di Negeri Perak atau
  • Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun atau
  • Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih 10 tahun
  • Keutamaan kepada mahasiswa yang masih menetap di Perak

2. Sedang melanjutkan pengajian SEPENUH MASA peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PHD) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

3. Open University Malaysia (OUM) tidak layak untuk memohon bantuan ini.

4. Semua permohonan perlu mendapat sokongan / pengesahan pihak Hal Ehwal Pelajar di IPT pemohon

5. Menghantar bukti pengesahan kejadian dalam bentuk Laporan Polis, Laporan Perubatan atau Pengesahan oleh Pemimpin Tempatan (Wakil Rakyat / Pengulu / Ketua Kampung / Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga)

6. Bantuan Kecemasan Mahasiswa Negeri Perak (sepanjang tahun dan perlu dihantar dalam tempoh 2 minggu (14 hari) dari tarikh berlakunya kejadian.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

  1. Salinan myKad pelajar, bapa dan ibu yang lahir di Perak
  2. Salinan kad pelajar
  3. Salinan penyata akaun bank pelajar
  4. Salinan Surat Pengesahan Bermastautin/Surat Kematian dan Surat Bercerai (jika berkaitan)
  5. Salinan laporan polis / laporan perubatan
  6. Penyata pendapatan (isi rumah) bapa & ibu / penjaga yang disahkan daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 / Gred 3, Kumpulan A ke salinan penyata pencen bulanan atau jika bekerja sendiri sila dapatkan pengesahan pendapatan
  7. Borang perakuan wajib disertakan bersama-sama dokumen sokongan

PROSES PERMOHONAN

Sila baca dan faham syarat dan terma dan muat naik dokumen yang diperlukan. Seterusnya, untuk permohonan, email akan dihantar setelah berjaya memuatnaik Borang Online. Untuk kelulusan permohonan pula, ia mengambil 14 hari proses kerja untuk jawapan kelulusan.

Permohonan Bantuan Disini : https://eheyns.com.my/bantuan-kecemasan/

Sumber : https://eheyns.com.my

Leave a Comment