Bayaran Fasa 3 RM200 Bakal Dikreditkan Tidak Lama Lagi – Semak Sekarang

Pada tahun 2023 ini pelbagai jenis bantuan kerajaan akan disalurkan kepada setiap rakyat Malaysia yang layak berdasarkan kelayakan mengikut bantuan yang ditetapkan.

Salah satunya Bantuan Musim Tengkujuh (BMT), bayaran Fasa 3 untuk bantuan ini akan dikreditkan tidak lama lagi iaitu pada bulan Mac.

BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT)

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) adalah sebuah bantuan kepada pekebun kecil yang terjejas akibat musim tengkujuh.

Pihak kerajaan melalui agensi RISDA sentiasa mengambil berat untuk memelihara kebajikan pekebun kecil dan akan melaksanakan pemantauan agar tiada pekebun tercicir bantuan tersebut.

JUMLAH BANTUAN DITAMBAH

Bermula tahun ini, pemberian BMT 2023 telah ditambah jumlahnya kepada RM 800 berbanding RM 600 pada tahun-tahun sebelum ini.

Penambahan jumlah bantuan ini adalah untuk membantu dengan lebih para pekebun yang terjejas akibat musim tengkujuh.

JUMLAH BAYARAN

Pembayaran Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) dilaksanakan dalam 3 fasa bayaran bermula Januari, Februari dan Mac.

Berikut adalah jumlah bayaran mengikut fasa :

  • RM 300 – JANUARI
  • RM 300 – FEBRUARI
  • RM 200 – MAC

TARIKH BAYARAN

Pembayaran Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) bagi Fasa 1 iaitu Januari dan Fasa 2 pada Februari telah selesai dilaksanakan.

Kini, para pekebun kecil tinggal menunggu pembayaran terakhir BMT Fasa 3. Pembayaran Fasa 3 dijangkakan bakal dikreditkan pada minggu terakhir bulan Mac sama seperti pembayaran bagi Fasa 1 dan 2 sebelum ini.

Tarikh bayaran belum diumumkan secara rasmi.

MAKLUMAT LANJUT

Jika anda inginkan maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan BMT 2023 ini, anda boleh hubungi Bahagian Produktiviti Pemasaran RISDA atau Hotline BMT di talian

  • 03-4251 0171

Leave a Comment