Kemaskini Maklumat Sebelum 31 Mac Untuk Terima Bantuan Kerajaan RM 3,100 – Semak Sekarang

Pelbagai jenis bantuan kerajaan dan negeri akan disalurkan kepada setiap rakyat yang layak.

Melalui bantuan kerajaan 2023, salah satunya adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Berita baik untuk para penerima STR, anda sudah boleh membuat kemaskini maklumat anda jika terdapat sebarang perubahan.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 adalah sebuah bantuan kerajaan yang diberikan kepada rakyat berdasarkan kelayakan masing-masing termasuklah dari segi pendapatan bulanan, jumlah tanggungan serta status perkahwinan.

Objektif utama pelaksanaan bantuan ini adalah untuk meringankan beban serta membantu keperluan rakyat yang sangat memerlukan pada saat ini.

KEMASKINI MAKLUMAT ANDA

Pihak Kerajaan Perpaduan sudah mengumumkan tarikh rasmi berkenaan pengemaskinian maklumat. Ia merupakan sebuah perkara yang baik.

Ini disebabkan sebilangan penerima perlu membuat kemaskini kerana terdapat perubahan maklumat, mungkin dari segi pendapatan atau status perkahwinan.

Jadi dengan perubahan maklumat kepada terkini, kategori dan jumlah bantuan yang bakal diterima turut berubah.

TARIKH KEMASKINI MAKLUMAT

Untuk pengetahuan anda, pengemaskinian maklumat telah dibuka bermula 1 Mac hingga 31 Mac depan. Oleh itu, sekiranya terdapat maklumat yang anda perlu ubah, sila ubah dengan kadar segera.

Tetapi, sekiranya tiada perubahan maka anda perlu hirau sahaja informasi ini.

JUMLAH STR 2023

Jumlah keseluruhan STR adalah RM 2,500 tetapi ia untuk satu kategori penerima sahaja. Manakala, kategori yang lain akan terima bayaran mengikut yang ditetapkan.

Pihak kerajaan turut melancarkan bantuan tambahan STR berjumlah RM 600 kepada miskin tegar yang layak. Menjadikan jumlah penuh bantuan kerajaan ini adalah RM 3,100.

Leave a Comment