Jenis Pengeluaran Khas KWSP Yang Dibenarkan Untuk Tahun 2023 – Semak Disini

Pelbagai kemudahan yang diberikan oleh pihak KWSP kepada para pencarum untuk membuat pengeluaran walaupun Pengeluaran Khas KWSP 2023 tidak dibenarkan.

Ini adalah jenis pengeluaran khas KWSP yang dibenarkan melalui Akaun 2 Untuk Tahun 2023

BERUMUR 50 TAHUN

Anda boleh membuat sekali sahaja pengeluaran sebahagian ataupun kesemua simpanan Akaun 2 KWSP apabila mencapai umur 50 tahun untuk digunakan sebagai persediaan untuk persaraan anda.

PEMBIAYAAN PENDIDIKAN

Ahli boleh memilih untuk mengeluarkan simpanan daripada Akaun 2 bagi membantu membiayai pendidikan sendiri, pasangan suami atau isteri, anak-anak dan ibu bapa di institusi dalam dan luar negara yang diluluskan.

PERUMAHAN PRIMA

Ahli KWSP dialu-alukan untuk menggunakan simpanan semasa dan juga simpanna kemudian hari demi mendapatkan rumah PRIMA pertama anda. Mulakan langkah pertama dengan kaedah ring-fence supaya caruman seterusnya akan disimpankan untuk rumah anda.

IBADAH HAJI

Ahli yang beragama Islam yang merancang untuk mengerjakan ibadat haji boleh menggunakan simpanan Akaun 2 sebagai tambahan kepada simpanan di Lembaga Tabung Haji (LTH) sebagai perbelanjaan.

KESIHATAN

KWSP membenarkan ahli yang menghadapi masalah kesihatan untuk membuat pengeluaran daripada Akaun 2 bagi membiayai kos perubatan penyakit kritikal dan atau peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan juga rawatan kesuburan.

Leave a Comment