Dalam usaha untuk membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan termasuklah melalui kerajaan persekutuan mahupun negeri.
Antaranya melalui Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) di mana permohonan telah dibuka pada 16 Januari lepas.
Berikut adalah maklumat lanjut mengenai bantuan TUNS 2023.
TUNS 2023
TUNS merupakan bantuan pembiayaan dalam bentuk geran berjumlah RM3,000 yang disasarkan kepada penjaja dan peniaga kecil di Negeri Sembilan. Objektif utama penubuhan TUNS adalah supaya lebih ramai usahawan dalam skala ini berjaya diwujudkan melalui inisiatif ini.
Selain itu, bantuan ini juga diharap dapat menambah baik perniagaan sedia ada untuk usahawan melonjak ke tahap yang lebih baik dari sebelumnya. TUNS juga secara tidak langsung dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan untuk membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi.
Menerusi bajet Negeri Sembilan yang bertemakan ‘melaksanakan janji membawa harapan’, kerajaan Negeri Sembilan bersetuju meneruskan inisiatif TUNS meneruskan inisiatif TUNS untuk tahun kelima tahun ini dengan peruntukan RM3 juta.
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia
- Anak Negeri Sembilan / Pengundi di Negeri Sembilan
- Pendaftaran perniagaan di SSM sebelum 1 Oktober 2022
- Penjaja atau peniaga kecil yang mencatatkan jualan tahunan kurang daripada RM100,000
- Beroperasi dan beralamat di Negeri Sembilan
- Tidak berstatus muflis
- Tidak pernah menerima TUNS
TARIKH PERMOHONAN
Permohonan TUNS ini telah dibuka bermula 16 Januari 2023 sehingga kini.
KATEGORI YANG LAYAK
Perniagaan yang layak untuk membuat permohonan adalah
- Minuman dan makanan
- Bakeri, pastri dan kuih muih
- Khidmat jahitan
- Pertanian/Penternakan/Perikanan
- Salon kecantikan dan gunting rambut
- Kraf tangan dan cenderamata
- Peruncitan/Retail
- Fotografi dan
- Lain-lain perkhidmatan selain insurans, institusi kewangan dan pembekalan tenaga kerja
CARA MEMOHON
Bagi yang memenuhi syarat kelayakan, permohonan geran ini hendaklah dibuat secara dalam talian di portal rasmi TUNS dan lampirkan dokumen sokongan yang ditetapkan.
Untuk maklumat lengkap berkenaan geran kewangan ini, anda boleh rujuk di Portal Rasminya https://tuns.my/info/