Bantuan Sara Diri Fasa 1 RM2,000 : Semak Senarai Penerima, Tarikh Bayaran & Cara Memohon

Tahun 2023 ini pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pelbagai pihak termasuklah melalui kerajaan persekutuan dan negeri.

Oleh hal demikian, terdapat sebuah bantuan yang dikenali sebagai Bantuan Sara Diri yang melibatkan sumbangan kewangan kepada rakyat yang layak.

Sila rujuk maklumat penuh di bawah untuk info lanjut

BANTUAN SARA DIRI

Bantuan Sara Diri ini diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Perak dengan jumlah sebanyak RM500 hingga RM2,000.

Mereka yang layak menerima bantuan kewangan ini adalah untuk

1. Anak kelahiran Negeri Perak seperti berikut

  • Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak atau
  • Pemohon dan ibu atau bapa lahir diluar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun atau
  • Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Peraj tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun
  • Keutamaan kepada mahasiswa yang masih menetap di Negeri Perak

2. Sedang melanjutkan pengajian SEPENUH MASA dalam SEMESTER KEDUA DAN KE ATAS peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PHD) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

3. Pemohon yang melanjutkan pengajian di Open University Malaysia (OUM) TIDAK LAYAK untuk memohon bantuan ini.

4. Semua permohonan perlu mendapat sokongan / pengesahan pihak Hal Ehwal Pelajar IPT pemohon.

5. Isi rumah (Ibu dan Bapa) keluarga berpendapatan di bawah RM3,000 ke bawah (gaji pokok).

6. Keutamaan kepada mahasiswa yang memperoleh PNG 3.0 dan ke atas.

7. Mahasiswa yang telah mendapat sebarang bantuan Biasiswa Pendidikan dari mana-mana agensi mahupun syarikat korporat tidak akan dipertimbangkan.

8. Pemberian sekali setahun sahaja bagi setiap pelajar mengikut peringkat pengajian.

CARA MEMOHON

Pelaksanaan Bantuan Sara Diri ini akan dibuat sebanyak dua fasa iaitu Fasa 1 akan bermula sehingga 10 Mac 2023 dan Fasa 2 pula pada Ogos atau September ini.

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan yang diperlukan di atas, permohonan bantuan ini boleh dibuat secara online melalui Portal EHEYNS.

Pemohon juga perlu menyediakan dokumen-dokumen sokongan yang ditetapkan dan mengisi borang perakuan.

Maklumat lengkap dan terperinci berkenaan bantuan boleh dirujuk melalui portal rasmi berikut https://eheyns.com.my/bantuan-sara-diri/

Leave a Comment