Bantuan Khas Kerajaan Dibayar Esok !

Berita baik kepada penjawat awam, Bantuan Khas Kerajaan akan dibayar esok. Sudah tentu perkara ini menggemberikan para penjawat awam.

BANTUAN KHAS KEWANGAN 2023

Bantuan Khas Kewangan (BKK) adalah sebuah bantuan kerajaan berbentuk duit yang diberikan kepada penjawat awam yang layak.

Pemberian bantuan ini adalah untuk menghargai jasa mereka yang sentiasa berkhidmat dalam apa jua keadaan demi negara tercinta.

Pembayaran BKK ini diteruskan setelah menerima kelulusan Perdana Menteri pada pembentangan mini bajet Disember lepas.

BAYARAN 17 JANUARI 2023

Seperti yang dimaklumkan oleh pihak kerajaan, pembayaran ini akan dibayar secara rasmi bermula 17 Januari 2023 kepada penjawat awam.

Hal ini demikian disegerakan untuk membantu para penjawat awam.

Menurut Perdana Menteri, kerajaan bersetuju untuk memberikan BKK kepada 1.3 juta penjawat awam Gred 56 ke bawah.

Kerajaan perpaduan amat berterima kasih atas kesungguhan yang tidak berbelah bahagi anggota awam dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

PENJAWAT AWAM YANG LAYAK

Berikut adalah dua kategori yang layak untuk terima BKK ini.

  1. Pegawai Perkhidmatam Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 56 dan ke bawah
  2. Pesara kerajaan yang sedang menerima pencen, pencen terbitan, pesara skim KWSP dan veteren berpencen serta tidak berpencen

JUMLAH BANTUAN KHAS KEWANGAN

BANTUAN RM 700 UNTUK

  • Penjawat Awam Gred 56 dan ke bawah

BANTUAN RM 350

  • Pesara kerajaan yang terima pencen dan pencen terbitan
  • Pesara perkhidmatan awam skim KWSP
  • Veteren berpencen dan tidak

Leave a Comment