Alhamdullilah, pembayaran Sumbangan Tunai Rakyat (STR) Fasa 1 sudah dikreditkan secara berperingkat mula 17 Januari 2023. Perkara tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
STR FASA 1 adalah sebuah bantuan berbentuk kewangan yang diberikan kepada rakyat daripada pihak kerajaan. Sebelum ini ia dikenali sebagai Bantuan Tunai Rakyat 2023.
Objektif utama bantuan ini adalah untuk membantu rakyat yang berkeperluan. Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah ini telah diawalkan kerana rakyat sedang hadapi musim tengkujuh.
JADUAL BAYARAN MENGIKUT BANK
Berikut adalah jadual pembayaran mengikut jenis bank-bank anda
- Bank Simpanan Nasional (BSN) – Pembayaran pertama bermula 15 Januari 2023 hingga kini
- Maybank – Pembayaran bermula pada 17 Januari
- Public Bank – Bermula 17 Januari
- CIMB Bank – Bermula 17 Januari
- Bank Islam- Bermula 17 Januari
- Lain-lain bank – 17 Januari dan hari-hari seterusnya
JUMLAH BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Berikut ada jumlah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 mengikut kategori
RM 300 – Untuk Kategori Isi Rumah
RM 100 – Untuk Bujang
RM 100 – Untuk Kategori Warga Emas Tiada Pasangan