Bantuan Khas Penjawat Awam Sebnyak RM600 Dibayar 25 Januari 2021~ Penjawat Awam Wajib Tahu!

 

Untuk makluman anda, pada pembentangan Belanjawan 2021 yang berlangsung pada 6 November 2020 yang lalu. Kerajaan Malaysia telah mengumumkan untuk memberikan bantuan khas penjawat awam sebanyak RM600.

PENJAWAT AWAM YANG BAKAL MENERIMA BANTUAN

Untuk pengetahuan anda, penjawat awam yang akan menerima bantuan ini ialah pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Professional serta Kumpulan Pelaksana Gred 56 dan ke bawah.



Di samping itu, bantuan khas ini turut melibatkan pesara Kerajaan yang menerima pencen serta veteran yang tidak berpencen/bersara.


SIAPAKAH YANG LAYAK MENERIMA BANTUAN KHAS PENJAWAT AWAM

Penjawat awam yang berada dalam kategori berikut layak menerima Bantuan Khas Penjawat Awam sebanyak RM600 iaitu:

1. Pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan & Professional serta Kumpulan Pelaksana Gred 56 dan ke bawah yang masih berkhidmat pada 25 Januari 2021


2. Pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan & Professional serta Kumpulan Pelaksana tersebut juga merupakan:
  • Pegawai lantikan tetap, sementara dan Contract Of Service (COS)
  • Pegawai yang cuti bergaji penuh
  • Pegawai yang bercuti separuh gaji 
  • Pegawai yang telah dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya  
3. Pekerja sambilan harian yang masih berkhidmat pada 25 Januari 2021 dan tempoh
kontraknya telah berkuat kuasa sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut.

4. Merupakan Guru Interim

5. Pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Jawatan Utama B dan ke atas serta Gred Khas A dan ke atas yang layak menerima pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya.

6. Anggota Pentadbiran, Hakim, dan Pesuruhjaya Kehakiman yang melantik pemandu.


7. Pesara kerajaan yang dilantik semula secara COS dan masih berkhidmat pada 25 Januari 2021.

SENARAI PENJAWAT AWAM YANG TIDAK LAYAK MENERIMA BANTUAN KHAS

1. Pegawai yang ditahan kerja
2. Digantung kerja
3. Surat pertuduhan telah dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib
Penjawat awam terbabit akan menerima bantuan khas tersebut sekiranya Pihak Berkuasa Tatatertib mendapati mereka tidak bersalah.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) iaitu https://www.jpa.gov.my/.


Leave a Comment