Rujuk Panduan Lengkap Cara Permohonan & Semakan Status Telefon Pintar Percuma Untuk Golongan B40

Perhatian buat anda pelajar sekolah dari keluarga B40 yang berminat serta layak membuat permohonan telefon pintar percuma. Anda digalakkan membuat permohonan. Berikut dikongsikan Permohonan & Semakan Status Telefon Pintar Percuma B40 Online buat panduan anda.


Join Telegram Rasmi Info Semakan & Permohonan : t.me/epermohonan

PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS TELEFON PINTAR PERCUMA B40 ONLINE


Berikut dikongsikan maklumat mengenai Cara Permohonan Telefon Pintar Percuma termasuk syarat kelayakan dan semakan status:


Sebelum membuat pencalonan murid, sila pastikan murid tersebut adalah dari keluarga B40 :


1. Anda perlu mendapatkan kebenaran dahulu daripada ibubapa murid yang hendak dicalonkan dan kumpulkan maklumat seperti berikut :

  • Nombor MyKid/MyKad Murid
  • Nombor MyKad Ibubapa
  • Status yang menunjukkan mereka dari keluarga B40 di portal Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

2. Layari Portal BPN Hasil secara online di https://bpn.hasil.gov.my/ dan masukkan No. Kad Pengenalan Ibubapa.


3. Kemudian, sila klik pada butang “Semak”


4. Anda perlu mendaftarkan nama dengan mengisi borang permohonan secara online di https://appform.prod.frogdev.asia/ atau https://ytlfoundation.org/learn.


5. Lengkapkan maklumat pelajar dan ibu bapa serta butiran tambahan yang perlu disertakan.


Baca Juga : Permohonan Bantuan JKM: Bantuan Kanak-Kanak Dan Keluarga di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat


CARA SEMAKAN STATUS TELEFON PINTAR B40 PERCUMA ONLINE


A. Secara Online

1. Semakan status telefon pintar B40 ini boleh dibuat secara atas talian menerusi laman sesawang https://lcs.yes.my.

B. Menerusi Emel

1. Anda akan dimaklumkan status permohonan menerusi emel. Ibu bapa akan turut menerima emel berkaitan proses pendaftaran.

2. Ibu bapa perlu mengikuti proses pendaftaran serta memuat naik beberapa maklumat seperti berikut:

– 1 salinan MyKad/MyKid pelajar
– 1 salinan MyKad ibubapa
– Surat Bantuan Sara Hidup (BSH) yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia sebagai bukti status B40 atau dokumen sah yang boleh membuktikan status B40

3. Pastikan ibu bapa mengisi borang pendaftaran dalam tempoh 7 hari selepas menerima e-mel.


SYARAT KELAYAKAN TELEFON PINTAR PERCUMA BAGI GOLONGAN B40

Antara syarat kelayakan telefon pintar adalah seperti berikut:

1. Pelajar yang dicalonkan mestilah terdiri daripada mereka yang bersekolah di sekolah kebangsaan sama ada di peringkat rendah atau menengah.

2. Pelajar tersebut mestilah tergolong dalam keluarga B40.

15 thoughts on “Rujuk Panduan Lengkap Cara Permohonan & Semakan Status Telefon Pintar Percuma Untuk Golongan B40”

  1. Hi I nak tye , I dah daftar untuk anak saye tapi Fon I telah di hilang I tak dapat ape² email mcm mane ye I register balik tak boleh macam mane tolong I

    Reply
  2. Hi I nak tye , I dah daftar untuk anak saye tapi Fon I telah di hilang I tak dapat ape² email mcm mane ye I register balik tak boleh macam mane tolong I

    Reply
  3. Saya sudah lama apply telefon percuma ni tp masih belum dapat. Kwn saya punya anak pun sudah dpt tp i belum. Susah anak mau belajar. Sy seorang single mother dr golongan b40. Kenapa x mau tolong orang susah. Klo check online tunjuk dalam proses.

    Reply

Leave a Comment