Bantuan Komputer Riba Percuma Serta Pelan Data Internet Kepada Golongan B40

 

Menteri Pengajian Tinggi iaitu YB Dato’ Dr Noraini Ahmad telah mengumumkan bantuan laptop dan internet percuma bagi para pelajar B40 yang berkelayakan.

Join Telegram Rasmi Info Semakan & Permohonan : t.me/epermohonan

Secara khususnya,bantuan ini merupakan salah sebuah inisiatif daripada pihak kerajaan berikutan daripada IPTA/IPTS yang terpaksa ditutup akibat daripada penularan wabak pandemik Covid-19 dan menyebabkan pelajar terpaksa meneruskan proses pembelajaran mereka daripada rumah secara atas talian.


Bantuan Komputer Riba dan Data Internet Percuma ini adalah disasarkan bagi semua para pelajar universiti yang berasal daripada keluarga B40 oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).


PANDUAN PERMOHONAN KOMPUTER RIBA

Untuk pengetahuan anda semua,para pelajar tidak perlu melakukan sebarang permohonan kerana pihak Universiti sendiri yang akan menghubungi pelajar yang layak menerima bantuan ini. 


JENIS BANTUAN YANG BAKAL DITERIMA

1. Komputer Riba Percuma
2. Pemberian Wang Tunai
3. Pinjaman Komputer Riba
4. Bantuan Kewangan Istimewa

CARA MEMOHON PELAN DATA INTERNET

Bagi permohonan ini pula,para pelajar B40 tidak perlu melakukan permohonan kerana pihak Universiti akan menghubungi secara terus para pelajar yang berkelayakan ataupun para pelajar boleh sahaja terus menghubungi pihak HEP Universiti bagi tujuan menyemak kelayakan masing-masing.

Bagi mereka yang layak, anda bakal menerima bantuan tersebut dalam bentuk kad sim. Namun, terdapat juga Universiti yang menyalurkan dan memberikan bantuan dalam bentuk wang ringgit (terus ke dalam akaun bank anda yang aktif).


TAWARAN ISTIMEWA BAGI PAKEJ KOMPUTER RIBA

Bagi mereka yang ingin merasai bantuan harga laptop khas untuk para pelajar IPT, anda hanya perlu melakukan pembelian secara terus melalui online di kedai rasmi seperti di bawah ini:
TATACARA MEMOHON PAKEJ PELAN DATA INTERNET

Untuk makluman, jika anda sebagai pelajar mahu menikmati harga istimewa yang ditawarkan ini anda bolehlah terus ke kedai telco seperti Celcom, Digi ataupun Maxis di kawasan berhampiran dengan anda dengan mengemukakan Kad Pengenalan dan Kad ID/MATRIK Pelajar.


MAXIS

CELCOM

DIGI

19 thoughts on “Bantuan Komputer Riba Percuma Serta Pelan Data Internet Kepada Golongan B40”

  1. Macam.mana dgn.pelajar spm ,pt3.dah la internet oercuma la,hp percuma la hanya tajuk semata mata.xde pun kami dpt.mohon pun x dpt apa feedback

    Reply
  2. Kenapa plajar university je dpt laptop ?habistu mcmane dgn Kami yg plajar pt3 or spm nii ..nak nak lagi yg duduk Kampung line dia macm siput

    Reply
  3. says dri golongan B40 ibu tunggal boleh x sya mohon bantuan tuk ank sya belajar di rumah..sya x mampu nk beli laptop..walaupun ank sya Blum belajar di IPT baru peringkat menengah.

    Reply
  4. Dah mohon ad dapat sim kad tapi tak boleh pakai..hp pun satu je nk beli mmg x mampu jadi x de kegunaan pun sim kad tu. Ank2 3 orang nk belajar dalam talian menggunakan satu hp ikut giliran tp bila online masa y sama terpaksa mengalah slh sorang…😇

    Reply
  5. those only for universiti? how about highschool student, kami akan menempati PT3 also SPM. respon segera bcs we need it too tho, thankyou.

    Reply
  6. Saya dari B40 keluarga, Saya dah beberapa Kali mohon bantuan percuma laptop atau telefon pintar tapi Tak dapat juga bagi anak-anak saya. 3anak Sekolah Menengah dan 2anak Sekolah rendah… sekarang semua dalam online classnya..sudah betul Ada satu TELEFON saja pun.

    Reply
  7. Saya sudah tanya pasal ini di Universiti saya tetapi saya tidak dapat apa-apa balasan. Emak saya seorang ibu tunggal dan sekarang saya guna laptop abang saya. Dia pun kena guna laptop yang sama. Saya memang nak laptop ini. Adakah apa-apa cara saya boleh membuat permohonan?

    Reply
  8. Nampaknya ramai yg tak dpt komputer juga…kawan sy dpt fon , tapi lag…skejap je ruang dipenuh…sy juga nak satu kompuer, sbb 2 org kongsi satu komputer….tak mampu beli lagi…..please kerajaan….

    Reply

Leave a Comment