Pengumuman Belanjawan 2023 telah dibuat pada 24 Februari bersamaan hari Jumaat. Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif untuk rakyat yang memerlukan dan akan dilaksanakan bermula tahun ini.
Salah satunya adalah bantuan lesen secara percuma yang dilaksanakan bermula tahun ini.
BANTUAN LESEN MEMANDU PERCUMA
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelaksanaan bantuan lesen memandu percuma kepada setiap rakyat Malaysia yang layak.
Objektif utama pelaksanaan bantuan khas julung kali ini adalah untuk membantu rakyat terutama para belia yang tidak mampu membayar untuk pengambilan lesen tertentu.
SENARAI BANTUAN LESEN MEMANDU
Untuk pengetahuan anda, bukan semua jenis lesen memandu dibantu oleh kerajaan. Hanya terdapat 4 jenis lesen memandu terlibat di dalam Bajet 2023 yang akan dibantu oleh kerajaan.
- Ujian memandu motosikal kelas B2
- e-Hailing
- Teksi
- Bas
Untuk pengetahuan anda, Perdana Menteri umumkan bantuan percuma hanyalah untuk UJIAN MEMANDU sahaja. Tetapi untuk kos-kos lain pengambilan lesen belum diumumkan. Boleh jadi turut berada dalam bantuan tersebut ataupun rakyat turut bakal membayarnya kecuali ujian memandu.
SYARAT KELAYAKAN
Mengenai syarat kelayakan pula belum diumumkan setakat ini. Tetapi apa yang kami pastikan kemungkinan besar bantuan lesen percuma ini akan diberikan kepada individu yang tergolong dalam kategori memerlukan seperti B40 dan lain-lain.
CARA PERMOHONAN
Untuk pengetahuan anda, program bantuan lesen percuma ini baru sahaja diumumkan semalam. Oleh hal demikian, hal-hal mengenai cara permohonan bantuan belum diumumkan setakat ini.
Pihak kerajaan akan mengeluarkan panduan permohonan dalam masa akan datang. Kami akan kemas kini dari masa ke masa.