Bantuan Sehingga RM 400 Tidak Lama Lagi Akan Dibayar

 

Bantuan Sehingga RM 400 Tidak Lama Lagi Akan Dibayar

Terdapat sebuah bantuan kerajaan yang akan dibayar tidak lama lagi. Pembayaran bantuan ini akan mula diagihkan pada bulan Jun ini.

Untuk pengetahuan anda, pembayaran bantuan adalah berjumlah sehingga RM 400 untuk setiap penerima. 

Untuk mengetahui maklumat lanjut, sila rujuk perkara di bawah 

BANTUAN KELUARGA MALAYSIA

Bantuan yang dikatakan tersebut adalah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM). Pembayaran untuk kali kedua. BKM adalah sebuah bantuan kerajaan yang diagihkan kepada rakyat yang layak melalui 4 Fasa pembayaran.
Tujuan bantuan ini sudah tentu untuk meringankan beban rakyat yang layak disamping menjaga kesejahteraan mereka.

JUMLAH BAYARAN BKM FASA 2

Jumlah bayaran BKM Fasa 2 adalah di antara RM 100 hingga RM 400 bagi setiap kategori kelayakan. 

Sila rujuk jumlah bayaran terperinci mengikut kategori kelayakan berikut 

1 – Isi Rumah & Berumur 59 Tahun Ke Bawah

i) Pendapatan RM 2,500 ke bawah
  • 0 anak – RM 200
  • 1-2 anak – RM 300
  • 3 anak dan ke atas – RM 400
ii) Pendapatan RM 2,500 – RM 5,000
  • 0 anak – RM 100
  • 1-2 anak – RM 100
  • 3 anak dan ke atas – RM 300

2 – Isi Rumah & Berumur 60 Tahun Ke Atas

i) Pendapatan RM 2,500 ke bawah
  • 0 anak – RM 200
  • 1-2 anak – RM 300
  • 3 anak dan ke atas – RM 400
ii) Pendapatan RM 2,500 – RM 5,000
  • 0 anak : RM 100
  • 1-2 anak : RM 100
  • 3 anak dan ke atas : RM 100

3 – Isi Rumah Ibu Bapa Tunggal Mempunyai Anak

i) Pendapatan RM 2,500 ke bawah
  • 1-2 anak : RM 300
  • 3 anak dan ke atas : RM 400
ii) Pendapatan RM 2,500 – RM 5,000
  • 1-2 anak : RM 100
  • 3 anak dan ke atas : RM 100

4 – Bujang dan Ibu Bapa Tunggal Tiada Anak

i) Pendapatan RM 2,500 ke bawah
  • tiada
ii) Pendapatan RM 2,500 – RM 5,000 (Pemohon berumur 60 tahun ke atas)
  • RM 150

CARA SEMAK STATUS BKM

1. Pergi ke website rasmi BKM untuk buat semakan :
2) Klik LOG MASUK BKM
3) Masukkan No MyKad anda. 
4) Masukkan Kata Laluan anda
5) Klik SEMAKAN STATUS
6) Keputusan BKM tertera
7) Klik MAKLUMAT BAYARAN
8) Maklumat bayaran akan dipaparkan

CARA BAYARAN

Kaedah pembayaran BKM 2022 akan dilaksanakan melalui 2 cara iaitu
1. Pengkreditan terus ke akaun bank penerima / pasangan yang telah didaftarkan semasa permohonan BKM 2022 secara berperingkat.
2. Tebus wang di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN). Ia terbuka kepada penerima yang tidak mempunyai akaun bank atau penerima Gagal Kredit.

TARIKH BAYARAN BKM FASA 2

Akan dikreditkan pada 27 Jun 2022 ini.

1 thought on “Bantuan Sehingga RM 400 Tidak Lama Lagi Akan Dibayar”

  1. Automated robotic systems like End of Arm Tooling are an essential half of} plastic injection molding. EOAT is the end equipment that comes in in} contact with plastic Fedora Hats parts, therefore placed at the end of the robotic arm. Wall thickness of the mildew is a vital side that determines the quality nicely as|in addition to} the cost of|the price of} a part. While totally different plastic parts need totally different wall thickness, it is at all times advisable to create skinny walls .

    Reply

Leave a Comment