Jadual Bayaran BKM Fasa 2 Mengikut Bank

 


Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan mula disalurkan tidak lama lagi. Pembayaran akan bermula pada 27 Jun 2022 ini.

BANTUAN TAMBAHAN BKM FASA 2

Kerajaan akan memberikan tambahan BKM Fasa 2 bermula 27 Januari ini. Bantuan tambahan ini tidak termasuk bantuan tambahan yang berjumlah RM 500 dan RM 300 yang telah diumumkan sejak Januari lepas.

Bantuan tambahan ini hanya akan diagihkan pada pembayaran BKM Fasa 2 ini.

Kerajaan akan memberikan Bantuan Tunai Tambahan 
  • RM 100 bagi yang berkeluarga
  • RM 50 untuk yang bujang
Pembayaran hanya diberikan kepada penerima BKM sahaja.

Menurut Menteri Kewangan, secara keseluruhan RM 1.74 bilion diperuntukkan untuk memanfaatkan hampir 8.6 juta penerima daripada golongan yang berpendapatan rendah.

TARIKH RASMI BAYARAN

Menurut Menteri Kewangan, bayaran BKM Fasa 2 akan bermula pada
  • 27 Jun 2022 seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri petang 22 Jun.
Sebanyak RM 1.11 bilion bantuan akan diagihkan kepada kesemua rakyat yang layak.

JADUAL TARIKH BAYARAN MENGIKUT BANK

Berikut adalah jangkaan jadual pembayaran BKM Fasa 2 mengikut bank-bank para penerima BKM :
  1. Bank Simpanan Nasional (BSN) – Bayaran bermula 27 Jun secara berperingkat
  2. Affin Bank – Bermula 28 Jun 
  3. RHB Bank – Bermula 28 Jun
  4. Bank Islam – Pembayaran berperingkat bermula 28 Jun
  5. Maybank – Pembayaran bermula 28 Jun
  6. Bank Rakyat – Pembayaran bermula 28 Jun ini
  7. Am Bank – Dijangkakan pada 28 Jun
  8. Bank Muamalat – 28 Jun

OBJEKTIF BANTUAN

Menurut Facebook rasmi Menteri Kewangan, BKM Fasa 2 ini adalah untuk meringankan beban rakyat, kerajaan menyalurkan RM 1.1 bilion melalui Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan Bantuan Tunai Tambahan yang akan mula disalurkan pada 27 Jun nanti.

SEMAKAN STATUS BKM FASA 2

Semakan status permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 2 dapat dilakukan melalui portal rasmi BKM

JUMLAH BAYARAN BKM FASA 2 (TIDAK TERMASUK BANTUAN TAMBAHAN FASA 2)

Jumlah bayaran BKM Fasa 2 adalah di antara RM 100 hingga RM 400 bagi setiap kategori kelayakan. 

Sila rujuk jumlah bayaran terperinci mengikut kategori kelayakan berikut 

1 – Isi Rumah & Berumur 59 Tahun Ke Bawah

i) Pendapatan RM 2,500 ke bawah
  • 0 anak – RM 200
  • 1-2 anak – RM 300
  • 3 anak dan ke atas – RM 400
ii) Pendapatan RM 2,500 – RM 5,000
  • 0 anak – RM 100
  • 1-2 anak – RM 100
  • 3 anak dan ke atas – RM 300

2 – Isi Rumah & Berumur 60 Tahun Ke Atas

i) Pendapatan RM 2,500 ke bawah
  • 0 anak – RM 200
  • 1-2 anak – RM 300
  • 3 anak dan ke atas – RM 400
ii) Pendapatan RM 2,500 – RM 5,000
  • 0 anak : RM 100
  • 1-2 anak : RM 100
  • 3 anak dan ke atas : RM 100

3 – Isi Rumah Ibu Bapa Tunggal Mempunyai Anak

i) Pendapatan RM 2,500 ke bawah
  • 1-2 anak : RM 300
  • 3 anak dan ke atas : RM 400
ii) Pendapatan RM 2,500 – RM 5,000
  • 1-2 anak : RM 100
  • 3 anak dan ke atas : RM 100

Leave a Comment