Terdapat sebuah bantuan tambahan khas untuk bujang B40 dan M40 berjumlah RM 200. Semak maklumat penuh di bawah.
BANTUAN TAMBAHAN E-PEMULA
e-Pemula 2023 adalah sebuah bantuan kerajaan yang diberikan secara kredit sahaja dan tidak boleh ditukar kepada tunai. Pelaksanaan bantuan ini bukanlah satu benda asing kerana ia telah diberikan sejak 2021 lagi.
Tujuan utama bantuan secara kredit ini adalah untuk mendorong rakyat untuk melakukan pembelian secara kredit kerana ia lebih mudah dan selamat.
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah syarat kelayakan bagi e-Pemula 2023
- Diberikan kepada golongna belia dan bujang berumur 18 hingga 20 tahun
- Turut diberikan kepada setiap mahasiswa warganegara Malaysia yang menyambung pelajaran di mana-mana IPTA dan IPTS di negara.
Bagi kategori M40 pula, ini adalah syarat kelayakannya
- Diberikan kepada belia/bujang M40 dengan jumlah pendapatan tahunan kurang daripada RM 100 ribu
JUMLAH BANTUAN TAMBAHAN E-PEMULA
Pemberian bantuan e-Pemula ini telah dinaikkan berbanding tahun sebelum. Tahun ini, bantuan e-Pemula berjumlah RM 200 bakal diberikan kepada belia dan mahasiswa.
Manakala untuk kategori M40, turut tidak dipinggir. Bakal terima bantuan e-Pemula RM 200 seorang bagi yang layak.
CARA PENEBUSAN
Cara penebusan adalah sama seperti tahun-tahun sebelum, anda perlu memuat turun satu daripada aplikasi di bawah
- ShopeePay atau
- GrabPay atau
- BigPay atau
- Touch N Go eWallet
Sahkan butiran dengan memuat naik Kad Pengenalan yang betul.
TARIKH BAYARAN BANTUAN TAMBAHAN
Tarikh bayaran bagi e-Pemula ini belum diumumkan setakat ini. Marilah sama-sama kita menunggu kenyataan yang dikeluarka oleh pihak kerajaan.