[BERITA TERKINI] Pendaftaran Baru Bagi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Sebelum Hujung Januari 2021

PENDAFTARAN BARU BANTUAN PRIHATIN RAKYAT

Pendaftaran baharu bagi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan dibuka sebelum hujung bulan Januari 2021, kata Pengarah Belanjawan Negara iaitu Johan Mahmood Merican dalam temu bual bersama beliau.


Ini adalah bertujuan untuk memberikan peluang kepada mereka yang layak tetapi belum mendaftar untuk memohon BPR, katanya.

Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dengan peruntukan sebanyak RM6.5 bilion bakal memanfaatkan 8.1 juta orang berbanding dengan peruntukan Bantuan Sara Hidup (BSH) yang berjumlah RM5 bilion dan memanfaatkan seramai 4.3 juta rakyat Malaysia sebelum ini.


BSH DIGANTI DENGAN BPR

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang juga merupakan Menteri Kewangan Malaysia semasa pembentangan Belanjawan 2021 pada 6 November telah mengumumkan bahawa Bantuan Sara Hidup (BSH) akan digantikan dengan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang diperluas dan ditambahbaik.

Pengarah Belanjawan Negara iaitu Johan Mahmood Merican pula berkata bahawa bayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan dibuat sebanyak dua kali dimana bayaran pertama dijangka akan disalurkan sebelum Hari Raya 2021.

“Kerajaan pada masa ini berpendapat adalah wajar untuk kita semua kembali kepada keadaan sebelum ini semasa pelaksanaan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang mana ia dibuka untuk semua bujang yang berumur 21 tahun dan keatas,” katanya.


BERJENIS-JENIS BANTUAN DIBERIKAN

Melalui BPR, isi rumah yang berpendapatan bulanan kurang daripada RM2,500 dan mempunyai sehingga seorang anak akan menerima bantuan sebanyak RM1,200 manakala mereka yang mempunyai dua orang anak ataupun lebih bakal menerima sebanyak RM1,800.

Manakala, bagi isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM2,501 hingga RM4,000 dan mempunyai sehingga seorang anak pula akan menerima bantuan sebanyak RM800. Seterusnya, bagi mereka yang mempunyai dua orang anak atau lebih akan menerima sebanyak RM1,200.

Bagi kumpulan isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM4,001 hingga RM5,000 bakal menerima RM500 bagi yang mempunyai sehingga seorang anak dan bantuan RM750 kepada mereka yang mempunyai dua orang anak atau lebih.

Seterusnya, bagi individu bujang yang berpendapatan RM2,500 ke bawah dan berumur 21 tahun ke atas pula bakal menerima bantuan sebanyak RM350.

TAMBAHAN PERUNTUKAN BPR UNTUK GOLONGAN B40
Selain itu, Johan Mahmood Merican turut berkata bahawa pihak kerajaan turut bersedia untuk menambah peruntukan di bawah BPR jika perlu untuk terus membantu golongan di atas sekiranya permohonan melebih jangkaan.

Apabila ditanya mengenai golongan M40 yang ramai tidak berpuas hati kerana berpendapat bahawa Belanjawan 2021 hanya menjaga golongan B40, Johan berkata bahawa menjadi keutamaan bagi kerajaan untuk menyalurkan bantuan kepada mereka yang susah terutamanya kepada isi rumah yang tergolong kategori miskin dalam menghadapi cabaran masa kini.

“Tetapi, itu tidak bermaksud bahawa kerajaan mengabaikan nasib golongan M40. Selain daripada pengunguman cukai yang dikurangkan satu mata peratusan bagi individu yang berpendapatan bercukaii dengan julat RM50,001 hingga RM70,000. Beberapa lagi bantuan dari segi pelepasan cukai telah diumukan yang bakal membantu golongan M40 dari segi potongan cukai gaya hidup yang dinaikkan daripada RM2,500 kepada sehingga RM3,000,” katanya.

Berhubung dengan pelepasan cukai untuk perbelanjaan rawatan perubatan Johan berkata bahawa skopnya diperluaskan untuk melipuuti perbelanjaan vaksinasi sehingga RM1,000.

“Disamping itu, pelepasan untuk saringan kesihatan akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM1,000,” jelasnya.


Sumber : BERNAMA.COM

Leave a Comment