Dalam kita menjalankan norma baharu ini, pembelajaran secara dalam talian adalah merupakan salah satu amalan yang menjadi kebiasaan dan sangat popular di kalangan para pelajar masa kini. Oleh yang demikian, pemberian komputer riba secara percuma ini bakal membantu dan memberikan banyak manfaat kepada para pelajar yang layak menerima bagi memudahkan pembelajaran mereka.
Ikuti perkongsian di bawah untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai cara mendapatkan bantuan komputer riba secara percuma.
Sehubungan dengan itu, kerajaan telah mengumumkan bahawa Syarikat Milik Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Milik Kerajaan (GLIC) bakal menyumbangkan sebanyak 150 juta ke dalam Tabung Cerdik bagi tujuan pemberian komputer riba kepada 150,000 murid sekolah.
Menurut Menteri Kewangan Malaysia melalui pembentangan Belanjawan 2021 itu juga, projek rintis ini akan diselia oleh Yayasan Hasanah.

PELBAGAI MANFAAT LAIN TURUT DITERIMA
Diharapkan agar bantuan yang telah diberikan melalui Belanjawan 2021 ini nanti mampu untuk mengurangkan segala beban hidup yang ditanggung oleh rakyat akibat daripada penularan wabak pandemik ini.
Sila kongsikan artikel ini agar dapat memberitahu lebih ramai masyarakat yang layak untuk mendapat manfaat daripada bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan dalam Belanjawan 2021 ini.