Gaji Pekerja WAJIB Dibayar Walaupun Premis Ditutup Sepanjang Tempoh PKP – Peguam Sumber Manusia

Mengikut Akta Kerja 1955, majikan wajib membayar gaji kepada pekerja untuk tempoh dua minggu sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan / Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat / Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan.
PKP DILAKSANAKAN BERLANDASKAN 3 AKTA

Menurut peguam sumber manusia iaitu Firdaus Zakaria, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan berlandaskan kepada tiga akta iaitu Akta Kerja 1955, Akta Pencegahan & Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 serta Akta Polis 1967 yang mewajibkan pekerja untuk berada di rumah.

Perintah Kawalan Pergerakan adalah arahan untuk semua pekerja bekerja seperti biasa, cuma bekerja dari rumah. Ia bukan merupakan pelepasan cuti, ia satu kaedah mengawal pergerakan pekerja sahaja.

Jadi pekerja perlu dibayar gaji seperti biasa, cuma soal elaun itu adalah perkara yang berbeza kerana ia bukan suatu kemestian untuk dibayar. Manakala bagi pekerjaan yang tidak boleh dilakukan di rumah seperti operator pengeluaran, pihak majikan wajib menanggung bayaran gaji untuk tempoh Perintah Kawalan pergerakan.


BEKERJA DARI RUMAH

Susulan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pelru dipatuhi, misalnya pekerja kilang yang mesti berada di kilang, namun susulan arahan kerajaan untuk berada di rumah, mereka perlu berada di rumah masing-masing. Mereka mesti dibayar gaji serta tidak boleh dipotong.


Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pengumuman berkata, hanya sektor kritikal sahaja dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Anda boleh rujuk Premis Kerajaan & Swasta Di Tutup, Siapa Yang Cuti Dalam ‘Perintah Kawalan Pergerakan’ 14 Hari Nanti?

Sektor itu merangkumi air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.

Sumber : Astro Awani

 

Leave a Comment