Permohonan Skim Pinjaman Komputer Pelajar (SKIP) ~ Terima Sebanyak RM3,000 Seorang!

INFO SKIM PINJAMAN KOMPUTER PELAJAR INSTITUSI PENDIDIKAN MARA (SKIP)

Tahukah anda Skim Pinjaman Komputer Pelajar Institusi Pendidikan Mara diwujudkan bagi membantu pelajar Institusi Pendidikan Mara (IPMA) bagi kemudahan dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran masing-masing seiring dengan perkembangan teknologi maklumat serta komunikasi.

Join Telegram Rasmi Info Semakan & Permohonan : t.me/epermohonan

Untuk pengetahuan anda, Skim Pinjaman Komputer IPMA (SKIP) ini adalah bagi menaja pembelian komputer riba oleh penuntut IPMA dengan menggunakan konsep pembiayaan Islam Al-Murabahah.

Pinjaman ini adalah terhad untuk pembelian komputer riba sahaja.

SENARAI INSTITUSI YANG TERLIBAT
  • Kolej MARA
  • Institut Kemahiran MARA (IKM)
  • Kolej Tinggi Kemahiran MARA
  • MARA Japan Industrial Institute (MJII)
  • Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
  • Kolej Professional MARA
  • Kolej Universiti PolyTech MARA (KPTM)
  • German Malaysian Institute (GMI)
NOTA : Permohonan boleh dibuat melalui wakil IPMA masing-masing berumula 1 Februari 2021
KRITERIA KELAYAKAN

1. Pelajar yang mengikuti pengajian di IPMA sepenuh masa di peringkat pengajian berikut :
  • Persediaan / Pra Universiti
  • Sijil
  • Diploma
  • Ijazah Sarjana Pertama (Sarjana Muda)
2. Had umur bagi pelajar yang layak memohon adalah seperti berikut :
  • Persediaan / Pra Universiti : Tidak melebihi 20 tahun
  • Sijil / Diploma : Tidak melebihi 35 tahun
  • Ijazah Sarjana Muda : Tidak melebihi 45 tahun
3. Pelajar baru atau pelajar sedia ada (aktif) yang layak harus mempunyai baki pengajian tidak kurang dari 1 tahun.
4. Pelajar layak memohon 1 kali pinjaman komputer bagi setiap peringkat pengajian. Pelajar yang layak ke peringkat pengajian yang lebih tinggi adalah layak untuk dipertimbangkan pinjaman komputer seterusnya tertakluk kepada peminjam komputer terdahulu telah diselsaikan.
5. Pelajar yang tidak mendapat kemudahan pinjaman komputer riba dari pihak lain.

AMAUN PINJAMAN 

Amaun maksimum Skim Pinjaman Komputer Pelajar IPMA adalah sebanyak RM3,000 sahaja. Pinjaman ini tertakluk kepada harga sebenar komputer dan tidak melebihi jumlah amaun maksimum.

BORANG PERMOHONAN ONLINE

Kepada semua pemohon, permohonan anda boleh dibuat secara atas talian menerusi pautan 
klik DISINI


INFO LANJUT


Sumber : semakanonline

Leave a Comment