GKP 3.0: Tarikh Pembayaran & Semakan RM1,500 One-Off

Geran Khas Prihatin (GKP 3.0)

Untuk makluman, GKP 3.0 ialah satu lagi bantuan tambahan yang diumumkan oleh Perdana Menteri semasa pandemik COVID-19. Bantuan ini adalah untuk mambantu PKS yang menghadapi masalah kekurangan pendapatan.

Dalam PEMERKASA sebelum ini, kerajaan telah meneruskan bantuan GKP 3.0 atau dikenali sebagai Geran Khas Prihatin 3.0 khas untuk membantu meringankan beban Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Semasa pembentangan PEMERKASA PLUS (Bantuan PKP 3.0), Kerajaan telah menaikkan bantuan GKP kepada RM1,500.

Utusan Kerjaya akan kongsikan kepada anda info-info berkaitan GKP 3.0 kepada mereka yang layak.


Tarikh Bayaran & Semakan

Untuk makluman, tarikh semakan untuk kemasukan bantuan GKP 3.0 adalah bermula pada 8 Jun 2021.

Bayaran akan dilaksanakan secara berperingkat.
  • Bayaran 8 Jun 2021: RM1,000
  • Julai 2021: RM500 (Tarikh pembayaran akan diumumkan kelak)
Panduan Membuat Semakan Status

Untuk melakukan semakan, sila ikuti langkah-langkah semakan di bawah:
  1. Layari portal rasmi GKP iaitu https://gkp.hasil.gov.my/
  2. Masukkan nombor IC anda.
  3. Pergi ke menu Semakan Status.
  4. Status kelayakan anda akan dipaparkan.
Apakah Perbezaan GKP 3.0 & GKP Tambahan?

Untuk mengetahui perbezaannya, sila rujuk infografik di bawah:

Semoga anda semua berjaya dalam permohonan untuk bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) ini. Sila share & kongsikan artikel ini kepada orang lain. Semoga bermanfaat.

Soalan Lazim


1. Bilakah tarikh pembayaran Geran Khas Prihatin?
  • Tarikh pembayaran bantuan ini bermula pada 8 Jun 2021 dan akan dibayar secara berperingkat.
2. Bagaimanakah cara pembayaran Geran Khas Prihatin?
  • Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank persendirian pemohon yang berkelayakan. Pastikan akaun bank anda aktif.
3. Berapakah jumlah bantuan Geran Khas Prihatin?
  • Jumlah bantuan adalah sebanyak RM1,000 secara one-off. Namun, dalam PEMERKASA PLUS, bantuan ini telah dinaikkan kepada RM1,500.

Leave a Comment