PEMERKASA Plus: Moratorium Automatik Selama 3 Bulan


Kerajaan telah mengumumkan moratorium automatik melalui pakej bantuan PEMERKASA Plus dalam perutusan khas. Tujuan pakej bantuan ini disalurkan adalah untuk membantu rakyat bagi menghadapi PKP 3.0 serta merangsang ekonomi rakyat.
Berita baik buat mereka yang menantikan maklumat terkini berkaitan dengan moratorium. Kami dari Utusan Kerjaya kongsikan kepada anda maklumat terkini berkaitan moratorium ini.

3 Matlamat Utama PEMERKASA Plus
  • Pertama: Mempertingkatkan Kapasti Kesihatan Awam
  • Kedua: Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat
  • Ketiga: Menyokong Kelangsungan Hidup
Antara Kategori Bantuan
  • Moratorium pinjaman selama 3 bulan atau;
  • Pengurangan bayaran ansuran sebanyak 50% selama 6 bulan
Rujuk intipati penuh pakej bantuan: PEMERKASA Plus – Bantuan PKP 3.0

Kelayakan Moratorium Mengikut Kategori

Kategori 1
  • Hilang Pekerjaan, B40 & M40 yang layak Bantuan Sara Hidup (BSH) atau Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)
Jenis Moratorium
  • Moratorium 3 bulan, atau
  • Pengurangan bayaran ansuran sebanyak 50% selama 6 bulan .
Kategori 2
  • Pendapatan Isi Rumah Berkurang (Gaji, Elaun & Komisen)
Jenis Moratorium
  • Pengurangan ansuran bulanan selaras dengan pendapatan yang berkurangan.
Tatacara Mohon Moratorium Automatik Bank

Untuk permohonan moratorium PKP 3.0 ini, anda perlu menghubungi bank anda masing-masing untuk ketahui proses permohonan yang lebih lanjut.

Di bawah ini kami kongsikan kepada anda link permohonan bagi setiap bank di Malaysia, klik pada link tersebut dan isi borang permohonan moratorium secara online:

1. Moratorium Maybank: Permohonan
2. Moratorium Public Bank: Permohonan
3. Moratorium Affin Bank: Permohonan
4. Moratorium CIMB: Permohonan
5. Moratorium Bank Rakyat: Permohonan
6. Moratorium Bank Muamalat: Permohonan
7. Moratorium RHB: Permohonan
8. Moratorium Bank Islam: Permohonan
9. Moratorium BSN: Permohonan
10. Moratorium Ambank: Permohonan
11. Moratorium HSBC: Permohonan
Setiap bank telah menawarkan pakej bantuan moratorium bagi mengurangkan beban perbelanjaan & pinjaman akibat wabak COVID-19 ini.
Moratorium M40 juga turut disediakan jika anda perlukan pakej bantuan ini.

Soalan Lazim

1. Siapakah yang layak memohon moratorium bank untuk PEMERKASA Plus?
  • Peminjam B40, M40, & T20 serta penerima BSH atau BPR layak mendapat moratorium.
2. Bagaimanakah cara untuk memohon moratorium?
  • Untuk melakukan permohonan, peminjam perlu rujuk ke bank masing-masing. Sila rujuk laman web ini untuk dapatkan borang.
3. Berapa lamakah lagi tempoh moratorium automatik ini?
  • Dalam PEMERKASA Plus, anda akan dapat bantuan moratorium automatik ini selama 3 bulan.
Info Tambahan


Jika anda perlukan info yang lebih lanjut mengenai moratorium terkini, anda boleh layari https://www.bnm.gov.my/o/covid-19/ atau hubungi bank masing-masing.

Leave a Comment