Hanya Kategori Ini Sahaja Yang Layak Terima Bantuan Tambahan BKM

 

Hanya Kategori Ini Sahaja Yang Layak Terima Bantuan Tambahan BKM

Tarikh pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 2  secara rasmi di mana pembayaran akan bermula 27 Jun 2022 ini. Pembayaran telah bermula dengan pembayaran diutamakan kepada pemegang akaun BSN terlebih dahulu

Selain daripada pengumuman tarikh bayaran, pihak kerajaan turut memberikan bantuan tambahan untuk pembayaran Fasa 2 ini. Oleh hal demikian, ini bermakna jumlah BKM Fasa 2 turut akan bertambah. 

Untuk mengetahui info lanjut, sila rujuk maklumat di bawah.

BANTUAN TAMBAHAN 

Kerajaan akan memberikan tambahan BKM Fasa 2 bermula 27 Januari ini. Bantuan tambahan ini tidak termasuk bantuan tambahan yang berjumlah RM 500 dan RM 300 yang telah diumumkan sejak Januari lepas.

Bantuan tambahan ini hanya akan diagihkan pada pembayaran BKM Fasa 2 ini.

Kerajaan akan memberikan Bantuan Tunai Tambahan 
  • RM 100 bagi yang berkeluarga
  • RM 50 untuk yang bujang
Pembayaran hanya diberikan kepada penerima BKM B40 sahaja.

Menurut Menteri Kewangan, secara keseluruhan RM 1.74 bilion diperuntukkan untuk memanfaatkan hampir 8.6 juta penerima daripada golongan yang berpendapatan rendah.

KATEGORI YANG LAYAK

Pemberian bantuan tambahan RM 100 untuk kategori isi rumah / berkeluarga dan RM 50 untuk bujang tidaklah diberikan kepada kesemua penerima BKM tanpa mengira kelayakan.

Menurut Facebook Rasmi Menteri Kewangan, beliau menjelaskan bahawa bantuan tambahan BKM Fasa 2 hanya diberikan kepada isi rumah dan bujang yang dalam kategori B40 sahaja ataupun berpendapatan RM 2,500 dan ke bawah.

JUMLAH KESELURUHAN BANTUAN 

Disebabkan penambahan bantuan untuk fasa 2 ini, berikut adalah anggaran jumlah bantuan untuk setiap kategori.

Nota : * Bantuan Tambahan

1 – Isi Rumah & Berumur 59 Tahun Ke Bawah

i) Pendapatan RM 2,500 ke bawah
  • 0 anak – RM 200 + *RM 100
  • 1-2 anak – RM 300 + *RM 100
  • 3 anak dan ke atas – RM 400 + *RM 100
ii) Pendapatan RM 2,500 – RM 5,000
  • 0 anak – RM 100 
  • 1-2 anak – RM 100 
  • 3 anak dan ke atas – RM 300 

2 – Isi Rumah & Berumur 60 Tahun Ke Atas

i) Pendapatan RM 2,500 ke bawah
  • 0 anak – RM 200
  • 1-2 anak – RM 300
  • 3 anak dan ke atas – RM 400
ii) Pendapatan RM 2,500 – RM 5,000
  • 0 anak : RM 100
  • 1-2 anak : RM 100
  • 3 anak dan ke atas : RM 100

3 – Isi Rumah Ibu Bapa Tunggal Mempunyai Anak

i) Pendapatan RM 2,500 ke bawah
  • 1-2 anak : RM 300
  • 3 anak dan ke atas : RM 400
ii) Pendapatan RM 2,500 – RM 5,000
  • 1-2 anak : RM 100
  • 3 anak dan ke atas : RM 100

4 – Bujang dan Ibu Bapa Tunggal Tiada Anak

i) Pendapatan RM 2,500 ke bawah
  • tiada + *RM 50
ii) Pendapatan RM 2,500 – RM 5,000 (Pemohon berumur 60 tahun ke atas)
  • RM 150

JADUAL TARIKH BAYARAN MENGIKUT BANK

Berikut adalah jangkaan jadual pembayaran BKM Fasa 2 mengikut bank-bank para penerima BKM :

  1. Bank Simpanan Nasional (BSN) – Bayaran bermula 27 Jun secara berperingkat
  2. Affin Bank – Bermula 28 Jun 
  3. RHB Bank – Bermula 28 Jun
  4. Bank Islam – Pembayaran berperingkat bermula 28 Jun
  5. Maybank – Pembayaran bermula 28 Jun
  6. Bank Rakyat – Pembayaran bermula 28 Jun ini
  7. Am Bank – Dijangkakan pada 28 Jun
  8. Bank Muamalat – 28 Jun

Leave a Comment