i-Sinar KWSP: Pembayaran Interim RM1,000 Kategori 2 Sudah Mula Dikreditkan Hari Ini Berperingkat-Peringkat ~ Semak Akaun anda!

Bagi anda yang sudah membuat permohonan pengeluaran i-Sinar kategori 2, 26 Januari 2021 hari yang dinantikan kerana hari ini telah bermulanya pembayaran interim sebanyak RM1,000. Sudah pasti perkara ini akan memberikan kegembiraan dan mengurangkan kegelisahan pemohon-pemohon i-Sinar ini.


BUKTI INTERIM i-SINAR KATEGORI 2 RM1,000 TELAH DIKREDITKAN

Kepada anda yang masih belum membuat permohonan i-Sinar kategori 2, berikut kami kongsikan kepada anda cara permohonan serta dokumen yang perlu disertakan semasa pemohonan. Permohonan ini masih dibuka. Tunggu apa lagi? Mohon segera!

CARA PERMOHONAN & DOKUMEN YANG PERLU DIMUAT NAIK

Permohonan i-Sinar hanya dibuka di portal rasmi https://isinar.kwsp.gov.my/

Permohonan i-Sinar kategori 2 ada sedikit berbeza dengan kategori 1 di mana kategori 1 mendapat kelayakan automatik manakala kategori 2 memerlukan dokumen sokongan.

PERMOHONAN i-SINAR KATEGORI 2 MEMERLUKAN BERSAMA DOKUMEN BERIKUT
  • Slip gaji sebelum & selepas pengurangan pendapatan
  • Notis pemberhentian atau pemotongan elaun atau tuntutan kerja lebih masa; DAN/ATAU
  • Jika dokumen tersebut tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan
MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut berkenaan permohonan i-Sinar KWSP, sila hubungi talian Hotline i-Sinar di talian 03-8922 4848 atau rujuk Soalan Lazim i-Sinar (FAQ).

Anda boleh mengikuti perkembangan terkini skim i-Sinar KWSP melalui portal rasmi https://isinar.kwsp.gov.my/
Semoga artikel ini memberi manfaat untuk anda serta keluarga. Jangan lupa kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan anda.


Leave a Comment