Info i-Sinar KWSP: Pembayaran Pendahuluan i-Sinar Kategori 2 Akan Bermula Pada 26 Januari 2021

 

Pada pembentangan Pakej Bantuan Ekonomi Rakyat Malaysia (PERMAI), Perdana Menteri telah pun mengumumkan bahawa KWSP akan melakukan proses pembayaran pendahuluan RM1,000 bagi pemohon kategori 2.


Untuk Info Lanjut, Join Telegram Rasmi Info Semakan & Permohonan: t.me/epermohonan


Beliau berkata, proses pembayaran pendahuluan tersebut akan dipermudahkan kerana ahli hanya perlu mengisytiharkan secara kendiri bahawa mereka telah memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh pihak KWSP.

Pembayaran ini akan bermula pada 26 Januari 2021 (Selasa).

APA SEBENARNYA PEMBAYARAN INTERIM NI?

Bayaran interim adalah sejumlah bayaran yang dibayar lebih awal kepada pemohon i-Sinar kategori 2 sementara permohonan mereka diproses sepenuhnya oleh pihak KWSP.


Sebagai contoh, jumlah pengeluaran yang anda mohon adalah RM10,000. Pembayaran pendahuluan akan dilakukan sebanyak RM1,000, jadi baki jumlah keseluruhan akan menjadi RM9,000.

BAGAIMANA UNTUK DAPATKAN PEMBAYARAN PENDAHULUAN?

Anda perlu membuat permohonan terlebih dahulu melalui portal rasmi i-Sinar untuk Kategori 2.

Sekiranya anda telah selesai memohon termasuklah memuat naik dokumen sokongan relevan, anda akan menerima bayaran pada tanggal 26 Januari 2021.

Manakala, sekiranya anda masih belum memuat naik dokumen sokongan. Anda perlu muat naik terlebih dahulu dan setelah anda memuat naik, pembayaran interim akan diproses dalam masa 7 hari mengikut tarikh permohonan (muat naik dokumen sokongan).

NOTA: Pembayaran pendahuluan akan dilakukan sekiranya anda lulus.

CONTOH SITUASI PEMBAYARAN INTERIM I-SINAR KATEGORI 2


CONTOH PENGELUARAN PEMBAYARAN RM10,000 i-SINAR KATEGORI 2


Leave a Comment