Ini Adalah Senarai Penerima Bantuan Kewangan BMT RM800 Fasa 2 Dan Fasa : Akan Dibayar Bulan Ini

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan khas telah diperkenalkan oleh Kerajaan sama ada di peringkat negeri atau persekutuan.

Antaranya Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) yang dinaikkan kepada RM 800 berbanding RM 600 tahun lalu.

BMT FASA 2 & FASA 3

Bayaran BMT Fasa 1 sebanyak RM300 telah dikreditkan kepada yang layak pada Januari lepas. Manakala, pembayaran Fasa 2 dan Fasa 3 akan dibuat pada Februari dan Mac 2023.

Jumlah bayaran bagi kedua-dua fasa ini adalah sebanya RM 300 Fasa 2 dan RM 200 Fasa 3.

SENARAI PENERIMA BMT 2023

Untuk makluman, BMT ini diberikan kepada peneroka getah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang memenuhi syarat berikut.

Peneroka ladang getah yang menghantar hasil ke pusat pengumpulan getah FELDA ;

Mereka yang tiada hasil kerana isu buruh atau serangan penyakit pokok getah ;

Mereka yang dalam tempoh tanam semula bersama FELDA ;

KAEDAH PEMBAYARAN

Pembayaran BMT FELDA 2023 ini melibatkan RM 9.7 juta peruntukan dan memanfaatkan 12,138 peneroka ladang getah di seluruh negara.

Kaedah pembayaran akan dilaksanakan secara kredit terus ke akaun bank penerima yang layak.

Justeru, bantuan kewangan ini diharap dapat meringankan beban peneroko getah yang terjejas pada musim tengkujuh.

Leave a Comment