Jumlah Bayaran Penuh STR 2023

Setelah STR Fasa 1 selesai dikreditkan kini giliran pembayaran STR Fasa 2 dan fasa-fasa seterusnya. Ini adalah artikel jumlah bayaran penuh STR 2023.

STR 2023

Adalah sebuah bantuan kewangan yang diberikan kepada rakyat. Bayaran STR adalah sama seperti bantuan sebelum ini iaitu melalui beberapa peringkat/fasa pada tahun 2023 ini.

Tetapi, kelayakan disemak berdasarkan jumlah pendapatan, jumlah tanggungan dan status perkahwinan masing-masing.

BAYARAN STR FASA 1

Sebelum kita pergi kepada jumlah bayaran penuh, marilah kita semak terlebih dahulu jumlah STR Fasa 1 lalu.

STR Fasa 1 dibayar pada 17 Januari 2023 secara berperingkat kepada rakyat yang layak.

Manakala, bayaran RM 300 dikreditkan kepada isi rumah dan seterusnya bayaran RM 100 diberikan kepada kategori bujang dan warga emas tiada pasangan.

JUMLAH BAYARAN PENUH STR 2023

Belum diumumkan setakat ini oleh pihak kerajaan. Sekiranya kerajaan masih menggunakan data bayaran BKM 2022, ini adalah jumlah bayarannya

ISI RUMAH

Berpendapatan RM 2,500 DAN KE BAWAH

  • RM 1,000 – 0 anak
  • RM 1,500 – 1- 2 anak
  • RM 2,000 – 3 -> anak

BERPENDAPATAN RM 2,501 – RM 5,000

  • RM 400 – 0 ANAK
  • RM 600 – 1-2 ANAK
  • RM 800 – 3 -> ANAK

WARGA EMAS / TIADA PASANGAN

BERPENDAPATAN RM 0 – RM 5,000

  • RM 600

BUJANG

BERPENDAPATAN RM 0 – RM 2,500

  • RM 350

SYARAT KELAYAKAN STR

Setakat ini, setiap penerima STR Fasa 1 adalah berdasarkan data BKM 2022 lepas. Permohonan baru dan kemas kini maklumat STR belum dibuka buat masa sekarang.

Leave a Comment