Ini adalah tarikh bayaran bantuan pada bulan Ogos ini – Semak Disini

 

Pelbagai jenis cara pihak kerajaan pusat mahupun negeri untuk membantu rakyat yang memerlukan. Ia telah menjurus kepada pelbagai jenis bantuan disalurkan diperingkat persekutuan dan negeri.


Berikut adalah senarai tarikh penting bantuan kerajaan bagi bulan Ogos yang perlu kita ambil tahu.

BANTUAN MUSIM TENGKUJUH

Bantuan Musim Tengkujuh atau BMT adalah sebuah bantuan kerajaan berjumlah RM 600 yang akan dibayar secara dua peringkat. Untuk pengetahuan anda, pihak RISDA yang akan menyemak kelayakan bagi setiap permohonan yang dilakukan.

Permohonan BMT ini masih dibuka sehingga 15 September 2022 depan. Dijangkakan bahawa pembayaran BMT ini akan dilaksanakan pada November dan Disember 2022 nanti.

BANTUAN BULANAN JKM

Pembayaran bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan dilaksanakan bermula 1 sehingga 10 Ogos depan yang merangkumi seluruh penerima yang layak.

Terdapat pelbagai jenis bantuan yang akan disalurkan setiap bulan bermula daripada bantuan kanak-kanak, orang tua, Orang Kurang Upaya (OKU), anak pelihara, bantuan am negeri dan banyak lagi.

PROGRAM PERANTI SISWA FASA KEDUA

Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia ini bertujuan untuk menyediakan peranti kepada mahasiswa Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang berada dalam kategori B40.

Permohonan bantuan bagi fasa 2 telah dibuka bermula 1 Ogos hingga 30 September 2022.

BANTUAN BIL AIR PERCUMA

Skim Air Darul Ehsan (SADE) ada sebuah program penjajaran semula pemberian air percuma kepada kumpulan sasar penduduk negeri Selangor. Melalui inisiatif ini, mereka yang berkelayakan boleh menerima manfaat 20 meter padu air percuma. 

Permohonan SADE ini akan dibuka sehingga 2024 kelak.

Leave a Comment