Kadar Dividen KWSP Tahun 2020 Untuk Simpanan Konvensional Dan Syariah

 

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan kadar dividen bagi tahun 2020. Pemberian dividen sangat ditunggu -tunggu oleh para pencarum. Kenaikan kadar dividen berbanding tahun-tahun sebelum ini sangatlah dinantikan kerana jumlah yang bakal diterima oleh pencarum juga meningkat.


Kami akan kongsikan kadar dividen yang telah diumumkan oleh KWSP

1. KADAR DIVIDEN SIMPANAN KONVENSIONAL 2020

Bagi simpanan konvensional, kadar dividen yang bakal diterima oleh setiap pencarum adalah sebanyak
  • 5.20%
Dividen yang telah diumumkan pada kali ini juga telah melebihi sasaran iaitu sebanyak 3.43% selama 3 tahun berturut.

Walaupun kadar yang tinggi tetapi rendah sedikit berbanding kadar dividen tahun 2019 iaitu 5.45%

Berikut merupakan infografik mengenai kadar dividen

2. KADAR DIVIDEN SIMPANAN SYARIAH 2020

Untuk simpanan syariah pula, kadar dividen yang bakal diterima oleh setiap pencarum adalah sebanyak 
  • 4.90%
Dividen pada kali ini juga telah melebihi sasaran iaitu sebanyak 3.10% selama 3 tahun berturut.

Walaupun kadar yang tinggi tetapi rendah sedikit berbanding kadar dividen tahun 2019 iaitu 5.00%

Berikut merupakan infografik mengenai kadar dividen


CARA SEMAK KADAR DIVIDEN


Untuk semak mudah sahaja, anda hanya perlu buka i-Akaun seperti paparan di bawah yang terdapat kadar dividen 

CARA PENGIRAAN DIVIDEN

Berikut dikongsikan cara pengiraan dividen anda. Anda hanya perlu tukarkan 5% kepada 5.20% jika konvesional atau kepada 4.90% jika simpanan syariah.

Leave a Comment