Untuk pengetahuan anda, pembayaran i-Sinar Kategori 1 untuk bulan Mac yang diluluskan pada Januari lalu telah pun diawalkan bermula pada 22 Februari 2021.
Berita ini sangat menggembirakan hati penerima. Hal ini kerana bukan sahaja i-Sinar yang dibayar malah juga i-Lestari serta Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) fasa 1 juga diterima.
Tetapi terdapat segelintir pemohon yang tertanya-tanya bilakah pembayaran i-Sinar Kategori 1 yang seterusnya akan dilakukan?
Ikuti perkongsian yang dikongsikan oleh utusankerjaya.my
PEMBAYARAN SETERUSNYA I-SINAR KATEGORI 1
Dimaklumkan bahawa ramai penerima yang menganggap atau kemungkinan besar pembayaran i-Sinar untuk bulan April juga akan diawalkan pada bulan Mac.
Tetapi, kita sedia maklum bahawa pada 8 Mac kelulusan tanpa syarat i-Sinar kepada pemohon yang sebelum ini tidak layak akan dilaksanakan.
KENYATAAN RASMI KWSP – FACEBOOK
Melalui kenyataan tersebut, penerima Kategori 1 tidak akan menerima pembayaran bulan April pada bulan Mac tetapi pada bulan April juga. Hali ini kerana untuk melancarkan urusan kelulusan tanpa i-Sinar pada bulan Mac kelak.
Kategori 1 i sinar
#14.1/11.1.2021(JANUARY)
Bulan pertama ada masuk Acc BSN RM1,500.
#14.2/……(FEBRUARY)
Bulan kedua langsung tak masuk2 lagi ke Acc BSN..Apahal jadi macam tu..ðŸ˜