MyBSN: Langkah Mudah Daftar BSN Online Banking Melalui Online!

Untuk pengetahuan anda semua, baki pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan dikreditkan tidak lama lagi. Kepada semua pemegang akaun Bank Simpanan Nasional (BSN), anda akan menjadi antara yang terawal untuk menerima bantuan tersebut.

MyBSN

Apakah itu MyBSN? MyBSN merupakan kaedah login akaun BSN secara online yang diperkenalkan sendiri oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) yang bertujuan untuk memberi kemudahan kepada pelanggan menyelesaikan transaksi atau apa-apa urusan berkaitan bank.

Faham?

Kepada anda yang masih belum memiliki MyBSN, anda disarankan untuk melakukannya bagi memudahkan urusan anda.

Tatacara Daftar MyBSN

Berikut kami kongsikan kepada anda tutorial untuk mendaftar MyBSN dengan mudah secara online sahaja.

1. Pertama sekali, layari portal rasmi BSN di https://www.mybsn.com.my/mybsn/login/login.do

2. Selepas itu, klik pada butang ‘Register’ yang terdapat untuk keahlian baru.


Cara Daftar MyBSN


3. Sila baca kesemua terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh BSN. Untuk menggunakan perkhidmatan MyBSN, anda perlu tandakan pada ruangan ‘setuju’ atau ‘accept’.
4. Seterusnya, sila isi Nombor Kad Bank BSN anda berserta nombor perdana CVV iaitu 3 digit yang terdapat di belakang kad bank anda. Setelah selesai, masukkan juga tarikh luput kad pada ruangan ‘Expiry Date’.

5. Seterusnya masukkan nombor kad pengenalan anda seperti biasa.
6. Setelah selesai masukkan username pada ruangan ‘username’ yang disediakan di laman web tersebut.
7. Masukkan kata laluan yang lebih daripada 8 angka pada kotak ruangan ‘password’.
8. Seterusnya, klik pada ‘request OTP’ dan sahkan nombor telefon anda yang telah anda daftarkan untuk akaun BSN dan tekan ruangan ‘Confirm’.
9. Kod OTP akan dihantar mellaui SMS kepada nombor telefon yang anda daftarkan.
10. Pilih satu sahaja gambar pilihan dalam ‘online image’ tersebut. Kegunaan gambar ini adalah untuk pengesahan semasa setiap kali anda login ke MyBSN.
11. Tekan butang ‘submit’ dan pendaftaran MyBSN anda berjaya.

Panduan Login MyBSN

Setelah anda berjaya mendaftar MyBSN, berikut merupakan langkah untuk log masuk.


1. Sila ke portal rasmi BSN seperti biasa.
2. Selepas itu, sila masukkan username yang telah anda daftrakan.
3. Buat pengecaman Online Image yang telah anda lakukan.
4. Masukkan juga password yang anda telah daftarkan.
5. Isikan maklumat peribadi anda setelah mengakses masuk.
6. Pilih soalan rahsia anda berserta jawapan.
7. Berjaya!

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda! Jangan lupa share kepada rakan-rakan lain.

Leave a Comment