Status BPR Gagal Kredit? Ini Cara Penyelesaiannya

 BPR Gagal Kredit

Isu Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Gagal Kredit

Pasti ramai di kalangan anda yang ternanti-nanti bila pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021. Tetapi bila semakan status dilakukan, perkataan GAGAL KREDIT pula yang keluar. Betul tak?

Sedangkan sebelum ini, anda akan lihat terpapar status DALAM PROSES PENGKREDITAN.

Kepada anda semua yang melalui perkara ini, jangan panik dan jangan risau. Ada penyelesainnya. Kami dari utusankerjaya akan kongsikan penyelesainnya untuk sesiapa yang menghadapi masalah seperti ini.

Punca Mengapa BPR Gagal Kredit 2021

Berdasarkan penjelasan yang kami terima, ini adalah antara sebab dan punca utama mengapa dan kenapa duit BPR tersebut tidak masuk ke dalam akaun anda:
  • Akaun bank anda sudah tidak aktif
Penyelesaian

Ini adalah penjelasan rasmi oleh kerajaan Malaysia melalui Sekretariat dari Pejabat Belanjawan Negara Malaysia untuk yang mana-mana bayaran masih tidak masuk akaun bank lagi.


Kenapa status bpr masih dalam proses?

1) Jika anda salah seorang yang menerima status bpr gagal kredit tidak kira mana-mana bank yang telah anda daftarkan sama ada Malayan Banking Berhad (Maybank), CIMB Bank Berhad, Bank Rakyat, RHB, Bank Islam, Bank Simpanan Nasional (BSN) sila ikut prosedur dan arahan seperti di bawah ini:

Status Pengkreditan BPR

Baca Juga: Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Fasa 2 Dijangka Masuk Sebelum Aidilfitri

  1. Surat Makluman Bayaran Fasa Pertama Gagal Kredit BPR 2021 akan dihantar dan dipos kepada anda sebagai penerima ke alamat yang telah anda daftarkan sebelum ini untuk penunaian di kaunter BSN di mana-mana cawangan terdekat dengan anda.
  2. TETAPI, jika anda masih tidak menerima surat makluman tersebut, proses penunaian masih boleh terus di buat di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional yang terdekat dengan anda, dengan SYARAT:
  • Maklumat NOMBOR BAUCAR telah terpapar pada bahagian MAKLUMAT PEMBAYARAN semasa anda melakukan semakan melalui akaun anda.

Kenapa BPR Masih Dalam Proses?

Untuk masalah berkaitan mengapa status BPR masih dalam proses:

  • Ini bermakna anda baru menghantar permohonan baru ataupun anda baru membuat kemaskini yang terbaru.
  • Yang mana masih belum ada kelulusan di pihak LHDN. Oleh itu, anda akan dapat duit bantuan pada fasa kedua kelak.

Punca Dapat Status Permohonan Diterima

  • Untuk makluman anda, penerima BSH / BPN sebelum ini akan dapat secara automatik bagi BPR fasa 1 ini, yang mana mempunyai keluarga akan menerima RM300, manakala bujang RM150.
  • Pihak LHDN ikut data sedia ada BSH / BPN tahun lepas, tahun 2020.
  • Sebab itu, anda yang baru hantar dan menerima status masih dalam permohonan diterima disebabkan tiada lagi keputusan lulus atau gagal.
  • Insyaallah untuk fasa ke 2 baru mereka akan ikut data BPR yang terkini.

Semoga perkongsian ini member manfaat kepada anda.

Leave a Comment