Pembinaan Rumah Mesra Rakyat Diperbanyakkan Di Negeri Johor

Tahukah anda, anda sebenarnya boleh memiliki rumah idaman sendiri sekiranya pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebih RM3,000. Anda boleh membuat permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) 2020 yang dibuat secara atas talian (online) atau dapati borang secara manual di cawangan berdekatan. Anda boleh merealisasikan impian anda untuk memiliki Rumah Mesra Rakyat.


DOKUMEN YANG PERLU DISERTAKAN

Utusan Kerjaya akan kongsikan info berkaitan permohonan Rumah Mesra Rakyat Negeri Johor,antaranya;

1. Kad Pengenalan Pemohon
2. Kad Pengenalan Pasangan
3. Sijil Nikah/Pendaftaran Perkahwinan/Perceraian/Kematian
4. Sijil Kelahiran Pemohon,Pasangan dan Anak-anak
5. Slip Gaji (3 bulan terakhir) & Pengesahan Majikan (terkini)
  • bagi suami isteri yang bekerja
  • bagi yang bekerja sendiri,sila sertakan Daftar Syarikat (SSM) & Akuan Sumpah menyatakan pekerjaan dan pendapatan.
6. Akuan Sumpah dari Pemohon sepertimana yang dilampirkan

NOTA :
Borang yang telah dilengkapkan hendaklah dikembalikan kepada :

Ketua Penolong Setiausaha,
Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (Bahagian Perumahan)
Aras 1&2,Bangunan Dato’ Abdul Rahman Andak
Kota Iskandar
79503 Nusajaya,Johor Bahru,
Johor.

No Tel : 07-2666260/61 No Fax : 07-2661512

Berserta bayaran proses sebanyak RM5.00 secara tunai / Postal Order atau Money Order atas nama:

KETUA PENOLONG SETIAUSAHA (BAHAGIAN PERUMAHAN)

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN RUMAH KOS RENDAH & SEDERHANA RENDAH

SYARAT ASAS:
  1. Warganegara Malaysia 
  2. Mempunyai kad pengenalan
  3. Berumur 18 tahun ke atas
  4. Bujang boleh memohon selain yang telah berkahwin
  5. Satu pemohon bagi pasangan suami/isteri kecuali lain-lain isteri (isteri kedua & seterusnya)
  6. Pemohon yang telah memilik Rumah Kos Rendah selama 5 tahun ke atas boleh memohon rumah kedua Rumah Kos Sederhana Rendah Kategori 5 atau Kategori 6
SYARAT TAMBAHAN:

KATEGORI RUMAH

1. KATEGORI 1 – RM25,000.00
  • Pendapatan maksima tidak melebihi RM2,000.00 sebulan
  • Lokasi : Semua daerah di negeri Johor
2. KATEGORI 2 – RM28,000.00
  • Pendapatan maksima tidak RM2,000.00 sebulan
  • Lokasi : Di bandar-bandar kecil/pekan dalam daerah Muar,Batu Pahat,Kluang,Segamat,Pontian,Kota Tinggi & Mersing
3. KATEGORI 3 – RM30,000.00
  • Pendapatan maksima tidak melebihi RM3000 sebulan
  • Lokasi : Di kawasan perbandaran daerah Muar,Batu Pahat,Kluang,Segamat,Pontian,Kota Tinggi dan Mersing.
4. KATEGORI 4 – RM35,000.00
  • Pendapatan maksima tidak melebihi RM3000 sebulan
  • Lokasi : Dalam daerah Johor Bahru
5. KATEGORI 5 – RM50,000.00
  • Pendapatan maksima tidak melebihi RM3500 sebulan
  • Lokasi : Semua daerah negeri Johor
6. KATEGORI 6 – RM80,000.00
  • Pendapatan tidak melebihi RM4500 sebulan
  • Lokasi : Semua daerah negeri Johor
PANDUAN PENGHANTARAN BORANG PERMOHONAN
  1. Baca dengan teliti dan ikut kenyataan berikut
  2. Pastikan borang permohonan diisi dengan lengkap dan jelas. Borang permohonan ini yang tidak jelas dan lengkap akan DITOLAK.
  3. Sertakan SALINAN DOKUMEN yang berkaitan yang dikehendaki. Pastikan salinan dokumen tersebut jelas dan mudah dibaca,jika sebaliknya akan menyebabkan permohonan DITOLAK.
  4. Maklumat yang telah diberikan mestilah SAHIH. Seandainya pemohon didapati memberi maklumat PALSU,permohonan tidak akan dipertimbangkan.
  5. Permohonan yang dikirim melalui POS hendaklah dibuat bayaran dengan menggunakan POSTAL ORDER/MONEY ORDER berserta dengan SAMPUL SURAT berukuran 11x6cm yang BERSTEM 30 sen dan beralamat sendiri.
  6. Pastikan setiap bayaran yang dibuat diakui terima dengan RESIT RASMI.
  7. Pendaftaran ini SAH SELAMA 5 TAHUN sahaja. Selepas tamat tempoh tersebut. Pemohon dikehendaki mendaftar semula.
  8. Sebarang urusan perubahan maklumat adalah PERCUMA selepas pendaftaran sehingga tamat tempoh pendaftaran.
  9. Jika berlaku pertukaran alamat,maklumkan kepada pentadbiran ini.
  10. Segala urusan surat menyurat hendaklah diberi NO.KAD PENGENALAN LAMA atau KHAS atau BARU.
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN : klik DISINI

INFO LANJUT

No Tel : 07-2666260
Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor ( Bahagian Perumahan )

Aras 1 & 2, Bangunan Dato’ Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar, 79503 Nusajaya, Johor Bahru, Johor.


Leave a Comment