Sudah Selesai Daftar i-Sinar KWSP? Semak Status Serta Jadual Pembayaran Segera!

Untuk pengetahuan anda,kerajaan telah merasmikan sistem i-Sinar KWSP kepada semua ahli KWSP untuk memudahkan permohonan pengeluaran sehingga RM10,000.


Sehubungan dengan itu,kami dari Utusan Kerjaya akan mengkongsikan kepada anda rujukan Semakan Tarikh serta Jadual Pembayaran i-Sinar KWSP di bawah.

Sebelum itu,mari ketahui kategori-kategori yang telah dibahagikan oleh pihak KWSP;
  1. Kategori 1
  2. Kategori 2
SIAPAKAH DALAM GOLONGAN KATEGORI 1?

Mereka yang layak termasuk ahli yang bekerja di sektor formal, yang bekerja sendiri, yang bekerja di dalam sektor ekonomi gig, yang sudah lama tidak mencarum, yang hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.



Kriteria bagi Kategori 1 adalah seperti berikut:

  1. Ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan berturut-turut semasa permohonan; ATAU
  2. Ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas selepas 1 Mac 2020.Bagi kategori ini:
  • Tiada dokumen sokongan diperlukan;
  • Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP;
  • Ahli hanya perlu memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 21 Disember 2020.Pembayaran untuk ahli yang layak akan bermula dari pertengahan Januari 2021.
SIAPAKAH DALAM GOLONGAN KATEGORI 2?

Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, yang mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (jumlah gaji, elaun dan elaun kerja lebih masa) sejak 1 Mac 2020.

Permohonan ini perlu disertakan bersama dokumen berikut:

  • Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; DAN
  • Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa; DAN/ATAU
  • Jika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan.
TARIKH PERMOHONAN i-SINAR KWSP
Setiap kategori tarikh permohonannya adalah seperti berikut:
Kategori 1: 21 Disember 2020
Kategori 2: 11 Januari 2021
Pembayaran i-Sinar KWSP akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank milik pencarum.
Untuk sebarang pertanyaan mengenai i-Sinar,sila rujuk di i-Sinar KWSP
TARIKH BAYARAN i-SINAR KWSP
  • Kategori 1 : 11 Januari 2021
  • Kategori 2 : Pertengahan Februari 2021
SEMAKAN STATUS
Semakan status kelayakan untuk permohonan i-Sinar KWSP akaun 1 bagi kategori boleh dibuat pada 4 Januari 2021

i-SINAR KWSP : JADUAL PEMBAYARAN

Untuk lebih faham,sila lihat gambar  yang dipaparkan di bawah:

KELAYAKAN AMAUN PENGELUARAN i-SINAR KWSP

SEBARANG PERTANYAAN
Sila hubungi nombor yang tertera :
  • 03 8922 4848 (Isnin-Jumaat)
Sumber: kerjakosong.co

Leave a Comment