Pengeluaran Khas KWSP Untuk Pencarum Yang Mempunyai Baki Mencukupi

 

Pengeluaran Khas Untuk Pencarum Yang Mempunyai Baki Mencukupi

Pengeluaran Khas Untuk Pencarum Yang Mempunyai Baki Mencukupi

Sehingga hari ini terdapat segilintir pencarum yang masih mengharapkan pengeluaran khas KWSP walaupun jumlah simpanan itu akan berkurang atau habis sekiranya ia diluluskan. 

Walau bagaimanapun, menurut kajian Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) mendapat terdapat pencarum yang punyai baki cukup untuk pengeluaran.

KWSP 2.0 : PENCARUM PUNYAI BAKI CUKUP

Berdasarkan kajian Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) yang mendapati 79.6 peratus daripada 136,137 pencarum KWSP memiliki baki Akaun Satu lebih RM 10,000 manakala selebihnya kurang RM 10,000.
Presidennya Azmi Mohd Tahir berkata, kaji selidik itu dilakukan selama 12 hari bermula 20 Disember hingga  31 Disember 2022 dan ia adalah sebagai data sokongan tambahan untuk Tuntungan Pengeluaran KWSP 2.0 secara bersasar yang akan dibentangkan kepada kerajaan.
“Berdasarkan maklum balas yang diterima oleh 136,137 pencarum, sebanyak 79.6 peratus mempunyai baki simpanan Akaun 1 melebihi RM 10,000 dan ke atas manakala baki 20.4 peratus mempunyai baki kurang RM 10,000.
Menurut beliau daripada kaji selidik tersebut ternyata pencarum KWSP yang terdesak memerlukan pengeluaran KWSP secara bersasar kepada yang mempunyai jumlah baki yang mencukupi untuk pengeluaran.
Azmi berkata, PGIRM sudah membuat serahan memorandum kepada Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Shamsul Iskandar Md. Akin pada 19 Disember lepas di hadapan bangunan Parlimen.

Leave a Comment