Sebuah bantuan dikenali sebagai Bantuan Tunai Rakyat (BTR) baru sahaja diumumkan oleh Perdana Menteri melalui Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama Ke-15 Dewan Rakyat. Ini bermaksud Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim laksanakan Bantuan Tunai Rakyat dan bakal diagihkan pada Januari ini.
APAKAH ITU BANTUAN TUNAI RAKYAT (BTR)
BTR 2023 adalah sebuah bantuan kerajaan yang diperuntukkan kepada mana-mana isi rumah dan rakyat Malaysia yang layak. Ia merupakan antara jenis bantuan sama yang dikenali sebelum ini seebagai BR1M, BSH, BPR dan BKM.
PEMBAYARAN DISEGERAKAN
Menurut Perdana Menteri, bantuan tunai rakyat 2023 tersebut bakal memanfaatkan hampir sembilan juta penerima dengan peruntukan berjumlah RM 2 bilion.
Bantuan Tunai Rakyat (BTR) ini merupakan bantuan tunai yang dilaksanakan oleh kerajaan lalu yang dikenali sebagai Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) tetapi hanya nama sahaja yang berubah.
Selalunya pembayaran bantuan fasa 1 adalah pada bulan Mac setiap tahun, walau bagaimanapun dengan mengambil kira keperluan musim tengkujuh, Kerajaan bersetuju untuk menyegerakan pembayaran bantuan iaitu pada Januari 2023 kelak.
JUMLAH BTR 2023
Setakat ini hanya jumlah pembayaran fasa pertama (Januari 2023) sahaja diumumkan oleh pihak kerajaan iaitu
1. Isi Rumah – RM 300
2. Bujang – RM 100
SYARAT KELAYAKAN
Disebabkan Bantuan Tunai Rakyat (BTR) adalah bantuan yang diteruskan oleh kerajaan lalu iaitu (BKM), berkemungkinan besar syarat kelayakan adalah sama ataupun lebih kurang sahaja.
TARIKH BAYARAN
Tiada tarikh bayaran diumumkan setakat ini. Tetapi apa yang pasti adalah pembayaran diawalkan daripada Mac kepada Januari 2023 ini.
CARA BAYARAN
Sekiranya tiada perubahan mendadak, dijangkakan pembayaran adalah secara automatik ke akaun bank dan penebusan melalui kaunter BSN bagi yang tiada kad bank.
Manakala data penerima pula adalah berdasarkan Bantuan Keluarga Malaysia 2022 (BKM).
PERMOHONAN BAHARU
Disebabkan perkara ini baru sahaja diumumkan, dijangkakan permohonan baharu turut bakal dibuka pada awal 2023 kelak bagi pemohon yang tidak pernah atau gagal menerima BKM 2022 lalu.
Sebarang informasi terkini bakal di kemas kini.