Untuk makluman anda, perkhidmatan bantuan kewangan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) disediakan kepada kumpulan sasar kepada yang memerlukan supaya mereka dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna.
- Kanak-kanak 6 tahun ke bawah: RM200 sebulan
- Kanak-kanak 7-18 tahun: RM150 sebulan
- Kadar maksimum bagi satu keluarga RM1,000 sebulan
- Satu keluarga yang berkelayakan boleh mendapat bantuan sehingga RM12,000 setahun
Kriteria khusus bagi membuat permohonan Bantuan Kanak-kanak JKM adalah seperti berikut
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
- Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas;
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM)
TATACARA PERMOHONAN BANTUAN JKM KANAK-KANAK TAHUN 2021
Anda boleh membuat permohonan melalui 2 cara, iaitu sama ada secara manual atau online.
Disini kami kongsikan borang permohonan yang anda boleh mohon seperti dibawah
Cara Permohonan Bantuan Kanak-kanak JKM Online
- Pertama sekali,pergi ke laman web rasmi JKM atau terus ke pautan ini : http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/
- Sila klik pada pautan Daftar Permohonan Atas Talian.
- Di halaman seterusnya, pilih Negeri dan isikan Nombor Kad Pengenalan.
- Tekan butang Daftar.
- Isikan makluman lain yang berkaitan.
NOTA: Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian. Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.
- Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon;
- Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama;
- Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU;(Jika Kategori OKU)
- Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan;(jika bekerja sendiri)
- Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)
- Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/ terlantar/kronik/alat tiruan)
- Untuk memohon secara manual, anda boleh hadir ke mana-mana pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan/ Bahagian di seluruh negara.
- Senarai pejabat JKM Negeri& Cawangannya boleh rujuk DISINI
- JKM 18 (Borang Permohonan Bantuan) (Klik DISINI untuk muat turun)
- Borang Kemaskini Maklumat JKM 20 (Klik DISINI untuk muat turun)
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut berkaitan bantuan JKM, sila berhubung dengan Pejabat JKM negeri atau ibu pejabat seperti yang dipaparkan di bawah.
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya
Telefon : 03 – 8000 8000
Faks : 03 – 8323 2045Emel : Maklum Balas (ISPAAA)