Senarai Permohonan Bantuan Persekolahan Tahun 2021

 

Seperti yang kita sedia maklum bahawa kerajaan telah mengumumkan pembukaan semula sesi persekolahan bagi tahun 2021. Sudah tentu para ibubapa sangat teruja untuk melihat anak mereka kembali ke sekolah setelah sekian lama sekolah ditutup akibat wabak Covid-19.


Sila share artikel ini kepada yang memerlukan. Semoga bermanfaat!


Perhatian kepada ibubapa yang mempunyai anak bersekolah, terdapat pelbagai bantuan persekolahan yang boleh dimohon. Bantuan yang ditawarkan oleh pihak kerajaan, majlis agama islam serta pelbagai agensi ini adalah bertujuan untuk meringankan beban ibubapa.

Untuk makluman semua, bantuan persekolahan yang ditawarkan tidak hanya terhad kepada bantuan kewangan sahaja namun terdapat juga dalam bentuk baucar, komputer riba dan lain-lain.

Kepada ibubapa yang berhasrat untuk memohon bantuan ini untuk anak mereka, sila rujuk perkongsian di bawah ini.

1. BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP) RM100

Tahukah anda BAP atau dikenali sebagai Bantuan Awal Persekolahan telah diperkenalkan sejak tahun 2012. Tujuan BAP RM100 diperkenalkan adalah bertujuan bagi membantu meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung sepenuhnya oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada setiap awal tahun.



2. BANTUAN KOMPUTER RIBA PERCUMA SERTA PELAN DATA INTERNET UNTUK B40


Menteri Pengajian Tinggi iaitu YB Dato’ Dr Noraini Ahmad telah mengumumkan bantuan laptop dan internet percuma bagi para pelajar B40 yang berkelayakan.


Bantuan Komputer Riba dan Data Internet Percuma ini adalah disasarkan bagi semua para pelajar universiti yang berasal daripada keluarga B40 oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).



3. BANTUAN RM400 KEPERLUAN SEKOLAH – MAIWP

Untuk makluman pembaca semua,seramai 27,246 pelajar daripada golongan asnaf boleh membeli kelengkapan/peralatan sekolah tanpa perlu membayar mulai 23 Disember 2020.


Tarikh Penebusan: Bermula 23 Disember 2020 sehingga 30 April 2021



4. 150,000 LAPTOP PERCUMA UNTUK PELAJAR SEKOLAH

Pemberian komputer riba percuma adalah melibatkan:

  • 150,000 murid di 500 buah sekolah

Kemudahan ini merupakan sebagai projek rintis bagi mengurangkan beban masalah pembelajaran secara atas talian.


Leave a Comment