RASMI: Bayaran Untuk Permohonan i-Sinar Sedia Ada Bermula 2 Mac 2021



TERKINI: Setelah dikejutkan dengan berita pembayaran awal i-Sinar untuk bulan Mac, kini dikejutkan lagi dengan bayaran permohonan i-Sinar yang sedia ada bermula 2 Mac 2021.

Hal ini melibatkan permohonan yang masih menunggu keputusan kelulusan sebelum penambahbaikan i-Sinar tanpa kriteria dibuat. Pihak KWSP menghargai kesabaran ahli ketika proses ini sedang berjalan. Jika ahli mendapati status permohonan masih tiada sebarang 
perubahan, semakan boleh dibuat pada hari-hari berikutnya.

JUMLAH PENGELUARAN i-SINAR SERTA JADUAL

Untuk pengetahuan anda, jumlah pengeluaran i-Sinar serta jadual pembayaran maksimum selama enam bulan masih kekal, seperti yang dimaklumkan sebelum ini, iaitu

a. Bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah (Akaun 1)

  • Mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga RM10,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.

b. Bagi ahli yang mempunyai lebih dari RM100,000 (Akaun 1)

  • Mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga 10% daripada simpanan Akaun 1 mereka. Walau bagaimanapun, jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM10,000.
INFO TERKINI PERMOHONAN BAHARU

Kepada mereka yang ingin membuat permohonan baharu, terdapat maklumat terkini yang anda perlu tahu.
  • Bagi permohonan baharu yang berbekalkan pemansuhan kriteria akan dibuka semula pada 8 Mac 2021 kepada semua ahli di bawah umur 55 tahun tertakluk kepada baki Akaun 1.
  • Ini termasuk ahli KWSP bukan warganegara Malaysia.
  • Permohonan baharu inin akan diproses dalam tempoh 5 hari bekerja dan selepas tempoh ini, ahli sudah boleh membuat semakan status permohonan dan tarikh bayaran.
KELONGGARAN PINDAAN AMAUN i-SINAR KWSP

Bagi ahli yang ingin membuat pindaan amaun i-Sinar, syukur alhamdulillah pihak KWSP mendengar rintihan dan keluhan para pemohon. Anda boleh berbuat demikian bermula
  • 8 Mac 2021
Pemohon diberi kelonggaran untuk membuat pindaan pada butir permohonan seperti:
  • Jumlah dipohon
  • Maklumat bank
  • Alamat
  • Nombor telefon
  • Mod bayaran

CONTOH SITUASI

MAKLUMAT TAMBAHAN

Untuk maklumat lanjut, ahli boleh menghubungi hotline khas i-Sinar di 03 – 8922 4848. Untuk pertanyaan umum, ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000 ataupun melayari laman web www.kwsp.gov.my.


Leave a Comment